Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 23

18 May 2012 
Kategori: Novel

1,084 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 23 Barang-barang sudah siap. Mujur jugalah kami ini tidak berduit. Apa yang kami ada cuma perlu diisi ke dalam empat buah kotak bersaiz sederhana. Pakaian pula diletakkan ke dalam dua bagasi yang selalu kami guna untuk berulang-alik dari Itali ke Malaysia. Dan yang selebihnya, boleh cuba diselitkan di celah-celah ruang di dalam kereta itu nanti. Enrico tidak mahu menyewa lori atau... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 22

9 May 2012 
Kategori: Novel

635 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 22 Enrico jelas runsing. Matanya tidak lari dari skrin komputer. Mukanya berkerut. Jari-jarinya menaip. Sejam kemudian, dia terduduk di sofa. Mengurut-urut janggutnya yang pendek. “What’s up?” aku mula bertanya. “Saleem,” katanya. “He never replies my e-mails.” Eh? Dua minggu lepas bukan main bersemangat nak menyuruh Enrico bekerja di Itali. Sekarang? “I don’t know... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 21

23 April 2012 
Kategori: Novel

969 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Scha Iriney 21 Bulan ini kami sangat sesak. Terasa betul-betul miskin. Tetapi bila fikirkan yang gaji Enrico berkemungkinan besar ada baki, hati rasa tenang sedikit. Tak kisahlah dua tiga ratus pun. Asalkan dapat makan lebih sedikit. Apa yang pasti, gaji Enrico sudahpun ditolak seratus pada hari dia ponteng kerja tempoh hari gara-gara bergaduh teruk denganku. Kami cuma berharap Puan Zaharah... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 20

13 April 2012 
Kategori: Novel

1,106 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 20 Hari ini Enrico dapat satu hari cuti. Kebetulan pagi ini juga, aku dipanggil untuk menghadiri temuduga di Bukit Jalil. Dari pagi sampai tengahari. Tiga temuduga sekaligus. Mereka beramai-ramai ingin memberikan aku kerja. Mengikut kata mereka, keputusan SPMku sangat cemerlang. Gaji pula akan diberikan sekitar 2 ribu ke atas. Kalau dapat kerja ini, Enrico berkata kami tidak lagi... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 19

6 April 2012 
Kategori: Novel

768 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 19 “Hei, Nurin,” tegur Julia dari gagang telefon. “Puan Zaharah tanya ni. Kau bila nak bayar sewa?” Mulut tu ada insurans tak? Mahu saja aku menjawab sebegitu. Kau tu tak puas lagi jadi kipas Puan Zaharah tu ke? Sebenarnya bukan tak ada duit. Enrico sudah lama menyimpannya di dalam laci. Tapi kami yang tangguh. Yalah, kalau bayar nanti, kami nak makan apa? “Baik, puan,”... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 18

28 March 2012 
Kategori: Novel

875 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 18 Sudah pukul 2 petang. Aku masih lagi di bawah pokok. Barulah aku teringatkan Enrico yang kena pergi kerja. Bagaimana dengan Shirin? Aku bangun perlahan-lahan. Kaki pun sudah kebas. Lama sangat duduk menangis di situ. Rahangku masih terasa sakit. Bibirku pula terasa kering saja. Gerak sedikit, sakit. Macam manalah nak makan nanti. Dengan rasa terpaksa, aku berjalan kaki pulang... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 17

18 March 2012 
Kategori: Novel

563 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 17 Pagi itu aku kesiangan. Matahari sudahpun sampai ke muka. Aku terjaga kerana Shirin membuat bising. Rupanya dia sudah lama bangun. Enrico sedang menggunakan komputer, berbual dengan Saleem melalui online. Aku keluar dari bilik dengan wajah yang sembab dan mata yang bengkak. Tetapi, aku tidak menegurnya. Sebaliknya aku terus mencari segelas air di dapur. Shirin cepat-cepat mengekoriku. Aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 16

6 March 2012 
Kategori: Novel

690 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 16 “In my hometown, we cannot live without A/C,” kata Saleem. A/C? Apa tu? “Air-cond,” sambung Saleem sambil ketawa. “When it’s hot like 40 degrees, and it’s minimum, you don’t want to go inside a car without A/C.” 40 darjah?? Dan aku hampir mati kepanasan setiap musim panas di Itali. Itupun belum sampai 40 darjah lagi.... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 15

24 February 2012 
Kategori: Novel

650 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 15 Saleem sangat serupa dengan gambar yang kami lihat melalui Internet. Cuma kulitnya saja yang agak gelap. Kawannya yang ikut sekali rupanya datang untuk melihat keadaan di Malaysia untuk memulakan perniagaan. Namanya Mahmoud. Khabarnya dia mahu membuka cawangan kedai yang menjual permainan-permainan video. Tetapi, rakyat Malaysia lebih gemar membeli barangan cetak rompak.... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 14

9 February 2012 
Kategori: Novel

990 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 14 “Puan Zaharah..” aku teragak-agak. “Minta kurangkan sewa rumah kepada 900 ringgit, boleh tak?” “Tak bolehlah, Nurin,” jawab Puan Zaharah dengan cepat, melalui telefon bimbit. “Nanti saya nak bayar ansuran rumah tu macam mana?” “Tapi puan tahukan saya belum kerja lagi,” aku menjawab balik. “Suami saya... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 13

17 January 2012 
Kategori: Novel

726 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 13 “Wei, tolong delete artikel kau tu boleh tak?” Aku terkejut melihat cara Julia menulis SMS. Kasar sahaja bunyinya. Tidak pula memberikan salam terlebih dahulu. “Kenapa pula?” aku bertanya. “Kalau Puan Zaharah terbaca, kecil hati dia nanti,” kata Julia. “Bukan ke dia dah banyak tolong kau dengan Enrico?” Ah... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 12

31 December 2011 
Kategori: Novel

510 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 12 Google Adsense menjawab e-mailku hari ini. Mengikut mereka, permohonanku ditolak kerana laman webku itu tidak mengandungi bahan bacaan yang cukup. Jadi, aku perlu lebih kerap menulis di situ apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran, dan memohon semula untuk mengiklankan laman web itu di laman web Google. “Come on, get ready,” laung Enrico dari dalam bilik. Aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 11

15 December 2011 
Kategori: Novel

1,007 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 11 Sepanjang minggu itu kami habiskan di rumah sahaja. Enrico mahu menghargai hari-hari cutinya sebelum dia mula bekerja semula. Aku menebalkan muka bertanya ke restoran dan hotel jika ada kekosongan untuk suamiku itu. Kebanyakan mereka tidak mahu menggaji pekerja asing yang belum ada taraf penduduk tetap atau yang tidak menguasai Bahasa Melayu. Aku berasa amat kecewa. Di samping... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 10

4 December 2011 
Kategori: Novel

545 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 10 Pagi raya kami diluangkan di bengkel kereta. Perlu diperiksa kereta kami sebelum memulakan perjalanan ke Ipoh. Setakat ini, kereta itu belum memberi kami apa-apa masalah lagi. Mekanik di situ cuma memesan supaya tinggalkan kereta itu lebih lama di bengkel itu untuk pemeriksaan selepas raya, kerana jangka hayatnya sudah melebihi 8 tahun. Manalah tahu, nanti kerosakan kecil boleh... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 9

24 November 2011 
Kategori: Novel

684 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 9 Sekali lalu sahaja aku terbacakan surat itu datangnya daripada syarikat guaman. Sedikit pun tidak berniat untuk membaca dengan lebih lanjut, aku cepat-cepat meletakkannya kembali ke dalam sampul. Aku juga hairan bagaimana sampul itu sudah terbuka. Yang pasti, peti surat di bawah tidak pernah berkunci. Mungkin ada jiran-jiran yang telah membuka untuk melihat kandungan di dalam.... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 8

11 November 2011 
Kategori: Novel

797 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Scha Iriney 8 Makcik Leelalah orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Raya kepadaku melalui telefon. “Makcik balik Melaka tahun ni,” menurut ceritanya. “Pakcik kamu pun ikut sekali. Tak dapatlah beraya sekali dengan kak long sekeluarga kat Ipoh nanti.” Itu tak mengapa. Bila ada masa nanti, kami sendiri boleh pergi melawatnya di Cheras. Ada benda... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 7

3 November 2011 
Kategori: Novel

507 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 7 Atiqah menghantar satu nota di laman web Facebook. “Kawan akak cari akak tadi, tanya nombor telefon akak,” dia menulis. “Apa Tiqa nak jawab?” Aku membalas. “Siapa kawan akak tu?” Rupanya Atiqah sedang online. Dengan cepat dia menjawab. “Dia tulis nama kat sini, Fatehah Noor. Akak kenal ke?” Oh, Fatehah! Kenal... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 6

20 October 2011 
Kategori: Novel

710 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 6 “Hei, Nurin!” kedengaran suara Julia dari gagang telefon. “Hari ni nak temankan aku ke Tesco tak?” Julia Rashid adalah sahabatku yang paling boleh dipercayai. Kami berkenalan sejak di universiti. Hingga ke hari ini, kami masih berhubung walaupun tinggal berjauhan. “Aku tak kisah,” kataku. Tidak ada apa yang perlu diuruskan di rumah... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 5

13 October 2011 
Kategori: Novel

554 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Scha Iriney 5 Burung-burung merpati sudah membuat bising di luar tingkap. Pukul 6 pagi. Kesejukan, aku menarik selimut hingga ke kepala. Enrico masih berdengkur di sebelah. Kedengaran bunyi pinggan mangkuk di dapur, bermakna ada yang sudah bangun dari tidur. Kucing parsiku si Fiona sudah pun kembali tidur di dalam bakul rotan kegemarannya. Dia hanya akan mengejutkan kami ketika masuk waktu Subuh,... [Teruskan bacaan]

Novel : Sepuluh Ribu Kilometer 4

5 October 2011 
Kategori: Novel

637 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Scha Iriney 4 Aku memeriksa kepala Enrico dengan berhati-hati. Menggunakan kapas, aku mencuci darah kering yang mengalir hingga ke pipinya. “I’m too tall,” katanya. “I didn’t see the metal box up there.” Mengikut ceritanya, dia disuruh mengangkat satu kotak besar berisi sos tomato daripada lori pembekal. Kerana kotak itu terlalu besar dan berat, dia tidak... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212