Novel : Siapa Jodohku? 20, 21
Oleh : ADIT ZULFATAH BAB 20 EKOR mata Mariam memandang langkah Azrul yang sedang menghampirinya. Shuzziyana pula ketiduran. Entah ke berapa kali Shuzziyana disuntik dengan ubat penenang. Sebentar tadi dia meracau lagi secara tiba-tiba. Seorang doktor perempuan yang berwajah lesu datang membantu. Diberikan suntikan ubat pada gadis ini. Dia hadir bersama dua orang jururawat, seorang berwajah... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 19
Oleh : ADIT ZULFATAH BAB 19 Seorang ibu sedang termangu sendiri. Merenung jauh ke dasar hati memikirkan makna semua ini. Tidak tercapai akalnya mencari jawapan dalam setiap persoalan yang timbul. Kerusi di birai katil 24 di mana Shuzziyana di tempatkan ini diduduki oleh Mariam yang telah melepaskan keluhan yang berat. Sungguh membuatkan hati dan perasaannya jadi tidak tenteram. Semua ini... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 18
Oleh : ADIT ZULFATAH BAB 18 “MAK, Yana berharap sangat abang Hafiz balik, Yana nak jumpa dia…” Shuzziyana berkata-kata ketika sekujur tubuh masih lagi mengiring berpaling wajah. Kerinduan yang dizahirkan berulang kali sudah jenuh membuatkan telinga Mariam untuk mendengarnya lagi. Panah cinta Hafiz sungguh kuat daya tusukan yang diberikan sehingga sukar bagi Shuzziyana untuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 17
Oleh : ADIT ZULFATAH 17 KETIKA sedang memandu, Musta`in sudah banyak kali menoleh ke arah Ain yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Sesekali dia berkerut dahi melihat wajah Ain yang tidak seceria sebelum ke hospital melawat Shuzziyana sebentar tadi. Lelaki gempal berkulit cerah itu serta mamakai kaca mata hitam itu liar memikirkan perasaan yang dirasai oleh Ain. Begitu juga dengan dirinya yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 15, 16
6 December 2010
Kategori: Novel
1,249 bacaan Catat Ulasan
Oleh : ADIT ZULFATAH 15 MATA khalsum terpejam tatkala Shuzziyana menerkam rasa hatinya dengan pandangan sebegitu. Pandangan penuh emosi yang tidak dilepaskan. Lama juga Shuzziyana merenung mak cik itu. Kemudian dia tunduk memandang peha sendiri yang masih berselimut. Tercalit pula rasa sesal yang tiba-tiba bertamu. Tidak disekat lagi. Terus menerus menghentam dada perasaannya. Dia membisu di situ.... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 13, 14
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 13 TIADA pesanan yang terakhir yang ditinggalkan. Tiada lagi gelak tawa, kini hanya bertemankan sebuah tangisan. Wajah kendur Zumira jelas terpamer. Begitu juga dengan Raudah yang dari tadi termenung sendiri. Masing-masing dibayangi rasa pelik yang dipamerkan oleh Syima. Rupanya-rupanya keanehan itu sebenarnya adalah yang terakhir kalinya. “Doktor..nah..” Syima... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 11, 12
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 11 DEBARAN di hati Shuzziyana bergoncang kuat. Dia menelaah apa yang bakal berlaku. Tapi tidak semudah itu. Namun dia membiarkan sahaja keadaan itu berlalu. “Kau tahu si mamat tu terbeliak biji mata bila tengok aku pakai baju kurung semalam.. haa dia cabar aku sangat..” ujar seorang jururawat semasa pintu dibuka dan disusuli pula dengan tawa seorang lagi jururawat. “Dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 9, 10
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 9 HATI Hizal tidak tenang. Dia risau. Amat mendalam rasa risau itu. Dia masih terfikir lagi tentang Zumira. ‘Aku mesti beritahu Mira bahawa aku cintakan dia, tapi Mira dapat terima ke cinta aku memadang diri aku macam ini? Ah! Siapalah aku ini, budak miskin, rupa tak ada, harta jauh sekali..hmm,’ keluh Hizal sendiri ketika sedang menunggang motosikalnya. Motor dibawa... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 7, 8
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 7 KELUHAN Zumira kedengaran begitu berat. Dia masih lagi di sudut meja di dalam kafe itu. Sesekali dia menungkat dagu. Sekejap dia mengurut dahi sendiri, sekejap dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian dia menjengah jam tangannya, sudah pukul sepuluh lima belas minit malam tetapi dia masih belum pulang ke hostel. Di hujung dapur kafe Hizal memandang. Dia mahu... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 5, 6
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 5 DOKTOR Zamri bekerja lebih masa, sepatutnya dia sudah pulang pada pukul lima petang tadi tapi dilajakan pula sampai sekarang. Dia melihat jam di tangannya menunjukkan pukul tujuh tiga puluh lima minit malam. Dia belum menunaikan solat Maghrib lagi. Sejurus itu dia terus bangun dari kerusi dan terus menuju ke surau. Walaupun kerjanya masih banyak yang mesti disiapkan secepat... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 3, 4
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 3 SUASANA di dalam hospital tidak begitu disenangi oleh Shuzziyana. Dia memang tidak suka apabila ditahan di wad. Baunya tidak selasa. Dia menelaah di sekelilingnya. Jururawat sedang sibuk mengubati pesakit. Kiri dan kanannya ada orang yang sakit. Ada di antara mereka yang mengaduh, teriak pun ada. Mak cik yang berada sebelah katilnya sedang terbeliak biji mata setelah... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 2
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD 2 HATINYA begitu tersentuh dengan kata-kata yang terpancul dari mulut Ain. Dari semalam lagi perasaan itu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Perasaan kecewa dan hampa turut melingkari ruang-ruang itu. Hingga tidak berbaki lagi sisa-sisa yang terindah. Bagaikan sudah lenyap segala harapan. Sudah hilang semua kebahagiaan. Tiada lagi yang tinggal. Hanyalah sebuah penantian yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapa Jodohku? 1
Oleh : ADIT ZULFATAH EPISOD1 AWAN kelabu berarak laju ditiup sang angin yang meribut. Pada awalnya langit membiru kini gelap bertamu. Guruh mula kendengaran bagai sebuah petanda hujan akan turun membasahi bumi Tuhan yang kegersangan. Si gadis yang sedang bersantai di luar rumah cepat-cepat masuk ke dalam, mengunci segala jendela yang terbuka agar tidak ditempiaskan hujan sedetik lagi. Bak kata pepatah,... [Teruskan bacaan]







