Novel : Abang mekanikku 22
Oleh : sofi / ana sofiya Aira Syuhada mematungkan diri di dalam kereta. Duduk diam di samping lelaki yang begitu tenang memandu, di sebelahnya. Wajah masih lagi masam mencuka. Dan suara tentu sahaja masih mahal untuk memulakan perbualan. “Sayang, jangan marahkan Am. Dia pun tak tahu apa-apa sehingga semalam. Mak dengan ayah buat ni semua sebab kami tahu yang kamu pun bukannya seronok nak ikut... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 29
Oleh : sofi / Ana Sofiya 29 Ahmad, ayah Adilah merenung sahaja wajah lelaki yang duduk di hadapannya dengan seribu persoalan di dalam kepala. Sudah lama mereka tidak bertegur sapa, bukan kerana dia yang mengelak tetapi kerana lelaki di hadapannya ini seolah-olah sudah melupakan persahabatan mereka yang bertahun lama. Pertemuan hari ini adalah atas permintaan Syed Nazri. Syed mengajaknya bermain golf... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 28
Oleh : sofi / Ana Sofiya 28 Kereta dipandu laju menuju destinasi yang tidak diketahui. Diturutkan kata hati untuk terus memecut di dalam kepekatan malam tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri. Cermin tingkap kereta Honda Civicnya sengaja diturunkan agar dapat dia menyedut udara bersih dari luar yang dingin. Sesekali, dalam pemanduan, tangan menghentak-hentak stereng tanda hatinya sakit. Sesekali,... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 20, 21
Oleh : sofi / ana sofiya 20 Tan Sri Fahmi merenung tajam wajah anak dara tunggalnya. Ditatap dalam-dalam, mencari riak yang sedang cuba disembunyikan. Namun, tidak ada apa-apa yang terpapar. Sekali ini, Aira Syuhada begitu bijak menyembunyikan perasaan. “Aira nak ikut ayah dengan mak pergi ke Jepun. Sori, sebab Aira menyusahkan ayah. Hari tu cakap tak nak ikut, sekarang Aira ubah keputusan pulak.... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 25
Oleh : sofi / Ana Sofiya Di Restoran Seri Bayu, Adif menanti kedatangan seseorang. Walau sudah lewat menghampiri dua jam, dia masih setia menunggu. Dia tidak berganjak dari tempat duduknya kerana dia amat yakin, sekejap lagi, tetamunya akan sampai. Adif Farhan terkenangkan panggilan telefon yang diterima pagi tadi. Keceriaan yang menjadi ‘trademark’, hilang entah ke mana. Ia berganti dengan nada... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 16
Oleh : sofi / ana sofiya Bila hati sedang marah, segala benda hendak dihempaskan tetapi bila hati menjadi sejuk, menangislah pula melihat telefon kesayangan pecah berderai. Sedihnya! Hati semakin sayu apabila ibu sendiri asyik menyindir dan mengusik. “Itulah! Ikut sangat perasaan marah tu! Marah ni, Aira, didorong oleh syaitan. Semakin kamu marah, syaitan semakin bersorak gembira. Tengoklah!... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 24
Oleh : sofi / Ana Sofiya Menangis air mata darah sekalipun, takdir tidak mungkin bertukar. Biar air mata memenuhi lautan, takkan dapat merubah jalan hidup yang sudah diatur oleh Tuhan. Kesalan akan hanya membuat jiwa makin tertekan. Namun jika hati tidak bersih, semua kesalahan orang lain yang melakukan…bukan diri yang dipersalahkan. Itulah Linda dan Syarifah Rahmah. Yang kini penuh cemuhan, penuh... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 15
Oleh : sofi / ana sofiya Akub tersengih-sengih memerhati ke arah abangnya Adham Faiz. Sudah berkali-kali dia mencuit lengan adiknya, Udin, namun Udin tidak mempedulikan kerana sedang sibuk menyimpan wang hasil jualan ke dalam beg dompet. Hanya setelah memastikan beg tersimpan kemas di dalam beg sandang abangnya, barulah Udin memanggungkan kepala. Isyarat mata Udin dibalas dengan anggukan oleh Akub... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 23
Oleh : sofi / Ana Sofiya Mentari pagi sudah bersinar indah. Wajah langit terang, cerah kebiru-biruan. Bayu berpuput lembut, membuai pepohon, menyebabkan dedaunan berdesir lembut. Suasana amat tenteram dan menyamankan. Tenang diuliti kedamaian. Di saluran TV3, pengacara-pengacara Rancangan Malaysia Hari Ini, sedang seronok berceloteh. Tentu ramai yang ceria menatap wajah Ally Iskandar. Senyumnya, bicaranya,... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 14
Oleh : sofi / ana sofiya Bertalu-talu tingkap kaca itu diketuknya namun Aira masih lagi tunduk menikus. Rasa ingin ketawa melihat gelagat gadis itu. Tahu takut juga rupanya dia, bisik di dalam hati. Nampak bukan main berani? Tapi sekarang, apahal badan bagai menggigil tu? Semakin cermin tingkap itu diketuk dengan kuat, semakin menunduk si Aira. Aduh, rasa belas pula melihatnya….. Telefon bimbit... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 22
Oleh : sofi / Ana Sofiya Sufiah mengeluh di hadapan peti televisyen. Sudah silih berganti rancangan di Astro Hallmark itu ke udara. Dari CSI kepada ER kepada The Nanny. Bererti, sudah lebih dua jam dia menanti. Namun bayang si Adif Farhan tidak juga muncul. Kelibatnya langsung tidak kelihatan. Hati mula tertanya-tanya, mengapakah? Tidak pernah Adif begini. Lelaki itu amat menepati masa malah setiap... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Beri aku kesempatan
Oleh : sofi / Ana Sofiya 1 Sepasang mata meleret ke arah sekumpulan pekerja yang sedang sibuk mengemas di halaman. Khemah-khemah yang berdiri megah sepanjang pagi tadi, kini sudah dibuka untuk diambil semula oleh tuannya. Sehari dua lagi, pasti akan ada mereka yang lain yang akan menyewa khemah-khemah tersebut. “Hmm, apa yang kamu tengok tu, Azida?” Pak Aziz bertanya apabila dilihat si... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 21
Oleh : sofi / Ana Sofiya Ahmad Farid melepaskan sebuah keluhan. Deru nafasnya laju, tanda dia sedang menahan segala rasa. Rasa marah, rasa geram, sakit hati, benci… Berderet-deret jika hendak disenaraikan saat ini. Semuanya terkumpul dan ingin dihamburkan kepada gadis yang sedang duduk menyilangkan sepasang kaki di hadapannya. Begitu selamba memandang wajahnya tanpa sedikitpun perasaan bersalah... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Rindu dan air mata
Oleh : ana sofiya / Sofi 1 Umar melangkah dengan tenang dalam samar-samar sinaran lampu di sepanjang jalan pulang ke rumahnya. Mendongak ke atas, hati terasa damai melihat kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Bulan sudah mula mengecil, menandakan bilangan hari berpuasa sudah mahu sampai ke penghujungnya. Ya, malam ini, malam ke 21 bulan Ramadhan, bererti tinggal 9 hari lagi untuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 20
Oleh : sofi / Ana Sofiya “Aku rasa macam dalam mimpi, Dila. Dalam masa 1 hari aje, Encik Adif tu buat hidup aku kelang-kelibut, kau tau! Ada ke logik bila mama dia cakap nak hantar wakil pinang aku dalam masa terdekat? Tak ke haru-biru hidup aku dibuatnya?” Syarifah Sufiah mundar-mandir di hadapan Adilah, bergerak ke kiri dan ke kanan sambil meluahkan keresahan di dalam hati. Naik berpinar... [Teruskan bacaan]
Novel : Abang mekanikku 11
Oleh : sofi / ana sofiya Adham Faiz menjadi kalut. Dia ingin segera keluar daripada bilik itu. Ingin segera pergi daripada rumah itu. Ingin segera menjauhi Aira Syuhada. Ingin lari daripada rasa ini! Kelam kabut dia mengemas buku-buku yang ada di atas meja. Segala pen marker untuk papan putih dikumpulkan dan disimpan di dalam bekas yang telah disediakan. Nota-nota yang dibawa, dimasukkan ke dalam beg... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 19
Oleh : sofi / Ana Sofiya Dari KLIA, mereka bergerak ke Danau Desa. Ibubapa Adif, Puan Noridah dan Encik Nordin, ibubapa Azalea, Azalea dan adik bongsu Adif Farhan, Alif, mendahului, dengan Alif memandu kereta Naza Ria berwarna hitam milik keluarga itu. Dan, di sini, dalam kereta kancil berwarna kuning milik Syarifah Sufiah, Adif sedang memandu sambil tersenyum meleret. Wajah Adif penuh keriangan.... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Ada bahagia
Oleh : ana sofiya / sofi 1 Huda menggeleng-gelengkan kepala melihat suami yang masih sedap lena di atas katil empuk mereka. Di atas meja hias, jam loceng sudah lama berbunyi nyaring namun Fauzan masih belum mahu jaga. Tidurnya pulas. Letih sangat agaknya? Huda tersengih bersama soalannya. Suami dihampiri. Pipi dicium sebelum dia berbisik lembut di telinga kanan Fauzan. “Sayang, bangunlah! Makan... [Teruskan bacaan]
Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 18
Oleh : sofi / Ana Sofiya Syarifah Sufiah masih berdiri di tepi eskalator yang baru sahaja dituruni oleh Ahmad Farid yang akan pergi ke balai berlepas. Kata-kata yang meluncur laju daripada bibir lelaki itu sebelum berlalu masih melekat di ingatannya, masih membuat dia terkaku berdiri di situ. Kesungguhan yang dipamerkan di wajah lelaki itu, merisaukan dirinya. Kata-kata yang terungkap, amat meresahkan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku Satu 20
Oleh : Sofi / ana sofiya Nurul Hana melangkah lemah sebaik turun daripada teksi. Fikiran yang bercelaru menyebabkan dia terlupa bahawa tadi, sekali lagi dia keluar rumah melalui jalan pintas. Dia terlupa bahawa ketika dia keluar tadi, ia dilakukan secara curi-curi. Dia tidak sepatutnya memasuki pintu kecil di hadapan itu dengan bersahaja kerana sepatutnya dia mengintai terlebih dahulu. Kalau tiada... [Teruskan bacaan]







