Novel : Tak mampu ku hindari 10
30 September 2009
Kategori: Novel
4,415 bacaan Catat Ulasan
Nama Pena : sofi Maria melangkah masuk ke dalam bilik air yang mewah. Cecair sabun dituang semua ke dalam kolah mandi yang cantik. Secara perlahan-lahan, dia menenggelamkan tubuhnya untuk berendam. Hampir sejam dia merehatkan diri di situ. Bau harum menyegarkan minda. Menenangkan fikiran yang kusut. Mendinginkan hati yang panas! Terbayang semula kemesraan suaminya dengan wanita itu tadi. Patutlah rumah... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 9
Nama Pena : sofi Sepanjang perjalanan pulang, Maria asyik memikirkan apa yang diberitahu oleh mami. Fikirannya tidak tenteram. Terasa diri ditipu selama ini. Fikirnya apabila Hisyam lambat pulang, suaminya itu sibuk dan banyak kerja. Rupa-rupanya tidak. Hisyam lewat kerana dia bersama perempuan lain. Melihat jam yang baru menunjukkan angka lapan, Maria mengambil keputusan untuk singgah di Carrefour,... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 8
Nama Pena : sofi Hisyam terjaga bila jam loceng berbunyi dengan kuat di atas meja kecil di sisi katil. Melihat ke sisi yang kosong, dia tahu Maria sudah lama bangun. Sudah pasti, isterinya itu masih lagi merajuk. Jam loceng itu menjadi bukti. Selesai mandi dan solat, dia mencari baju yang ingin dipakai untuk hari ini. Selalunya, Maria akan meletakkan baju itu dengan berhati-hati di atas katil tapi... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 7
Nama Pena : sofi “Hai, tak tidur lagi?” Teguran Hisyam benar-benar membuat Maria terkejut. Tindakan refleks menyebabkan dia mengerling ke arah jam di dinding. ‘Dah pukul 1 pagi. Dia lewat lagi…’ bisik di hati. Selalu benar suaminya itu balik lewat sekarang. Hati tertanya-tanya! Banyak sangatkah kerjanya? Sibuk sangatkah dia? Atau… selepas lima tahun, Hisyam sudah... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 6
Nama Pena : Sofi Musim berganti. Kini usia perkahwinan Maria dan Hisyam sudah melewati tahun kelima. Hari-hari yang dilalui selama ini sentiasa diisi dengan limpahan kasih sayang. Hanya satu yang kurang di dalam kemesraan ini. Hanya satu yang masih tiada. Ya, Maria masih belum mampu memberikan Hisyam cahaya mata. Entah di mana silapnya, dia masih belum mengandung. Keadaan ini menjadikan Maria amat... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 5
3 August 2009
Kategori: Novel
4,099 bacaan Catat Ulasan
Nama Pena : Sofi “Apa yang Lia menungkan lagi tu, sayang?” Suara ibu mertua membuat dia menoleh ke muka pintu. Maria cuba tersenyum namun kesedihan tidak dapat disembunyikan. Datin Syarifah berjalan perlahan-lahan merapati menantunya. Matanya tajam memerhati Maria yang sedang duduk di birai katil. Di atas katil itulah, Mustafa terbaring lesu selama lebih sebulan yang lalu. Di atas katil... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 4
Nama Pena : Sofi Di dalam kereta, Maria cuba mengawal emosi namun rasa marah masih bersisa tambahan bila dilihatnya Hisyam tidak mahu bergegas balik ke Kuala Lumpur. “Kita nak ke mana ni?” Soalnya. Hisyam menjawab dengan tenang, “Abang letih sangat. Kita tidur kat rest house, ya!” Melihat wajah Maria yang tegang, dia berbisik lembut sambil mengucup jemari isterinya. Tingkahnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 3
Nama Pena : Sofi Maria memerhati gelagat suami di halaman. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Sekejap tersenyum, kemudian serius. Entah apa yang dibualkan, Maria tidak tahu. Yang pasti, sudah hampir sepuluh minit Hisyam menjawab panggilan telefon itu! ‘Isy….tadi kata lapar sangat. Bila orang dah hidang, dia bergayut lak kat fon tu.’ Gumamnya sambil menghempaskan diri ke atas kerusi.... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 2
Nama Pena : Sofi Malam ini, seminggu selepas mereka pulang dari berbulan madu, Hisyam dan Maria akan diraikan oleh kakitangan syarikat Jay Jaya Holdings, di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis tersebut diadakan khas untuk mereka berdua. Majlis penuh warna warni untuk memperkenalkan Maria sebagai isteri Pengurus Besar syarikat. Majlis yang amat bermakna bagi Hisyam. Amat penting bagi Maria juga! Kerana... [Teruskan bacaan]
Novel : Tak mampu ku hindari 1
Nama Pena : Sofi Datin Irene menghempaskan tubuh di atas sofa. Wajahnya nampak resah. Hatinya susah. Nyata, dia gundah melihat keadaan anak gadisnya. Sudah berhari-hari Salina mengurung diri di dalam bilik. “Why?” Soalan suaminya tidak berjawab. “Lin masih tak mahu makan?” Bisu lagi. Datuk Yusuf menggelengkan kepala. Dia tahu isterinya sedih melihat... [Teruskan bacaan]







