Cerpen : Antara Dua Kasih

25 June 2012 
Kategori: Cerpen

35,476 bacaan 137 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz / Ezza Mysara Malam yang hening bertemankan ketenangan ini sungguh mendamaikan hati walaupun jiwanya bergelora diulit resah yang tidak bertepi. Mujahid mula menadah tangan. Memohon dan mengharapkan belas ehsan daripada Yang Maha Pencipta. “Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu.... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kenduri kahwin lagi

21 May 2012 
Kategori: Cerpen

47,499 bacaan 263 Ulasan

Oleh : ezza mysara / s@r@ sassy gurlz Puan Maznah mula menarik nafas perlahan. Tak kena gaya karang, ada jugak terkeluar jantung miliknya ini. Tak tahu apa lagi yang hendak dilakukan pada anak gadisnya yang seorang ini. “Apa masalah Myza ni? Mak suruh pergi kenduri je… Bukan mak suruh kau masak lauk pengantin pun… Apatah lagi nak suruh kau jadi pengantin!” Kepalanya yang bersarung... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kasihmu Amanahku

25 March 2012 
Kategori: Cerpen

25,999 bacaan 141 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz / Ezza Mysara Adelia terasa seperti hendak pitam apabila melihat keadaan rumah yang tunggang langgang! Kusyen kecil bersepah sana-sini. Gelas yang sudah diguna tidak diletak ke dalam singki. Lantai pula dipenuhi dengan sisa makanan ringan. Baru sahaja balik dari kerja, kerja di rumah pula sudah menanti! Setiap hari kena berhadapan dengan perkara yang sama sahaja! Rasa penat... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cinta Kelas Pertama

26 February 2012 
Kategori: Cerpen

49,636 bacaan 321 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz / Ezza Mysara Ainul Mardhiah menghempaskan pintu pejabatnya sekuat hati. Bengang pastinya dengan lelaki itu. Suka mendatangkan kemarahannya! “Kau ingat kau bagus sangat ke hah?” Jeritnya bengang. Habis segala dokumen yang berada di atas meja ditepis. Hingga berkecai segalanya. Mejanya tidak ubah seperti kapal pecah yang diterbalikkan dek tsunami. ... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 33, 34, 35

24 February 2012 
Kategori: Novel

9,584 bacaan 15 Ulasan

Oleh : Ezza Mysara / s@r@ sassy gurlz BAB 33 Farafeesa hanya mendiamkan diri tika rakan sekerja yang lain asyik membincangkan tentang annual dinner syarikat yang akan diadakan pada malam nanti. Entah, kalau ikutkan hatinya, terasa malas benar dia hendak menghadiri majlis itu. Sesak kepala otaknya. Bertambah pula ketika melayan perangai Ezrakil yang terlalu pelik sejak dua menjak ini. Sakit... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 30, 31, 32

14 February 2012 
Kategori: Novel

7,723 bacaan 18 Ulasan

Oleh : Ezza Mysara / s@r@ sassy gurlz BAB 30 “Keadaan dia dah terlalu kritikal… Kami tidak dapat hentikan pendarahan di kepalanya. Lagipun, buah pinggangnya juga sudah tidak berfungsi lagi. Saya harap, ahli keluarganya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.” Kata-kata tuan doktor itu bagai meragut tangkai hati milik Faraneesha. Ahli keluarga yang mendengar semuanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 27, 28, 29

20 January 2012 
Kategori: Novel

7,083 bacaan 17 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz BAB 27 Keluar sahaja dari perut kereta, terus Farafeesa berlari ke ruang kecemasan. Matanya menilau mencari susuk tubuh milik kakaknya. ‘Ya Allah… Mana dia ni?’ Sekejap memandang ke kiri. Sekejap mula memandang ke arah kanan. Hampir dijelajah semua ruang kecewasan di Hospital itu. Namun susuk tubuh kakaknya langsung tidak kelihatan. “Dah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Di Luar Kemampuanku

7 January 2012 
Kategori: Cerpen

35,389 bacaan 230 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Tika senja melabuhkan layarnya Terpancarlah warna keemasan Dapat aku bayangkan jika engkau ada Pasti suasana kan lebih bermakna Sayangnya terputus tali janji Satu waktu kukuh termetri Kau tahu kasih sayang tak bertepi Tidak menjaminkan untuk esok hari Ku cermin diri ini ke dalam kedaifan yang tak engkau inginkan Ku melepas keluhan yang panjang Menyesali kemiskinan aku ini Ku... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 24, 25, 26

15 December 2011 
Kategori: Novel

9,711 bacaan 40 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz BAB 24 Tudung Faraneesha sedikit beralun tika angin pantai mula menyapa dengan penuh kelembutan. Terasa senang melepak di tepi pantai ini sambil menghadap laut. Perkara biasa yang mampu membuatkan hari-hari biasa menjadi indah. “Neesha, awak bahagia tak?” Berkerut dahi Fafaneesha mendengar soalan tunangnya itu. Masa hendak bertanya lagi sedangkan kegembiraan... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Salahkah Aku Kagumi?

10 December 2011 
Kategori: Cerpen

27,098 bacaan 167 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar / S@r@ Sassy Gurlz SAIFULLAH AKU berlari dengan tergesa-gesa menuju ke pintu rumah. Panggilan ibu yang menyuruh aku bersarapan terlebih dahulu, aku jawab dengan gelengan sahaja. Terkocoh-kocoh aku menyarungkan stoking ke kaki. Ibu menggeleng-gelengkan kepalanya. “Apa sajalah yang dikejarkan sangat tu? Penat-penat je ibu masak. Lepas ni ibu nak mogoklah. Kalau... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 21, 22, 23

6 December 2011 
Kategori: Novel

6,920 bacaan 27 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz BAB 21 “Macam mana dengan laporan saya doktor. Sakit biasa je kan?” Tanya Farafeesa. Hari ini dia keputusan pemeriksaannya akan keluar. Pelik juga dia dengan kemerahan yang berada di pipinya dan sakit kepala yang sering melanda. “Berat untuk saya menuturkan.” Kata-kata doktor pun dah saspen. Farafeesa hanya mampu menelan air liur yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 19, 20

4 November 2011 
Kategori: Novel

5,145 bacaan 15 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 19 “Terukknya muka kau Feesa.” Suara kakaknya itu halus menampar gegendangnya. Kalau tidak dicakap pun, dia sudah boleh nampak dari cermin meja solek ini. “Kenapa ya?” Dia sendiri dilanda rasa hairan. Tiba-tiba sahaja mukanya diserang kemerahan yang amat jelas kelihatan. Bagaimana dia hendak bekerja jika sebegini rupa? Pasti akan mengundang... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Permata Yang Dicari

30 October 2011 
Kategori: Cerpen

43,629 bacaan 258 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Safra Syameera menghampiri tunangnya yang sedang menunggu di hujung restoren itu. Menyedari yang dirinya yang sudah kelewatan, sebuah senyuman yang manis manis dan ayu dihadiahkan buat Amri. “Lambat.” Diketuk muka jam tangannya beberapa kali. Safra Syameera buat muka tak bersalah. Lagipun, dia bukan sengaja ingin lambat. Jalan yang jammed teruk. “Ada... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 18

23 October 2011 
Kategori: Novel

5,153 bacaan 11 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 18 Jam di dashboard sudah pun menjangkau pukul lapan lima belas minit malam. Dia mengerling sedikit ke arah Ezrakil yang memandu di sebelahnya itu. Bagaimana ya ingin menyatakan kepada Ezrakil yang dia sebenarnya ingin singgah di pasar malam. “Awak ada nak singgah kat mana-mana ke Feesa?” Sembilan puluh darjah, Farafeesa berkalih memandang Ezrakil.... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 16, 17

14 October 2011 
Kategori: Novel

4,669 bacaan 7 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 16 Faraneesha menjeling dari arah cermin. Matanya menangkap susuk tubuh kembarnya yang masih lagi melingkar diatas katil. “Feesa, siaplah cepat. Kang ibu bisinglah.” Bebel Faraneesha sambil menyematkan kerongsang di selendangnya. “Aku malas pergilah.” Mudah sahaja jawapannya namun mata Faraneesha sudah terbeliak besar. “Kau... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 13, 14, 15

7 October 2011 
Kategori: Novel

5,190 bacaan 9 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 13 Hujung minggu kali ini, Farafeesa dan Faraneesha menghabiskan hujung minggunya bersama-sama dengan rakan yang sama-sama menuntut di UITM dulu. Sudah agak lama mereka tidak menghabiskan masa bersama kerana kengkangan kerja dan waktu belajar yang tidak sama. “Bila kau nak sambung deegre weh?” Soal Baizura sambil menyisipkan minuman ke mulut. ... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Campakkan Daku Ke Dalam Cintanya

3 October 2011 
Kategori: Cerpen

43,836 bacaan 219 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy Gurlz Qairina menekup kedua belah telinganya yang bingit. Dalam hati diminta kekuatan untuk menghadapi bebelan ibunya kali ini. ‘Tak ada kerja lain gamaknya orang tua ni, dua puluh lima jam asyik membebel sahaja.’ “Airin, dah berapa kali mak nak cakap, lepas basuh pinggan, teraplah terus pinggan tu. Lepas tu buang sampah terus. Singki ni jangan biar berair. Lap sampai... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 11, 12

29 September 2011 
Kategori: Novel

4,421 bacaan 11 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 11 “Kenapa telefon?” Bisik Faraneesha perlahan. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Bimbang jika ada orang cuba untuk memasang telinga mendengar perbualannya dengan Luqman. “Dekat kampung tu ada mamat hensem ke sampai awak tak nak jawab telefon saya ni?” Berkerut dahi Faraneesha cuba memahami maksud tersirat kata-kata Luqman. ... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta untuk sedetik lagi 9, 10

23 September 2011 
Kategori: Novel

4,259 bacaan 5 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Bab 9 Faraneesha sedang mencari kunci kereta di dalam beg bimbitnya. Entah kemanalah benda alah itu menghilang. Namun tiba-tiba bahunya berlanggar dengan bahu milik seorang pemuda. Dan tiba-tiba pemuda itu rebah ke lantai. Faraneesha terkejut sendiri. “Encik, encik tak apa-apa?” Tanya Faraneesha pelik. ‘Tak kan langgar sikit pun dah jatuh kot?’ ... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Beraya Dengan Cinta

18 September 2011 
Kategori: Cerpen

23,600 bacaan 113 Ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz Esok akan bermulalah Ramadan pertama untuk tahun ini. Tika satu Ramadan baru menjengah, bapak akan mewajibkan semua anak-anaknya pulang berbuka bersama-sama di kampung. Ini sudah menjadi tradisi turun temurun. Jadi sebagai anak, Nurul Tihani tidak sedikit pun ada keberanian untuk membantah. Bapak sudahlah garang. Dengan misai mengalahkan A Galak itu, menambahkan rasa gerun... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212