Novel : Superbike itu Cinta…??? 25

4 March 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 25 “Macam mana awak boleh tidur kat bilik tu?” soal A.D. “Saya tak sengaja,” jawab Wafi. “Awak juga yang cakap nak keluar lepas saya dah tidur kan?” “Memanglah tapi tak sengaja. Awak punya pasallah ni. Siapa suruh mengigau tengah-tengah malam.” “Amboi…..sayalah yang salah? Siapa suruh awak takut-takutkan saya?” “Saya pula? Siapa suruh awak... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 24

22 February 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 24 A.D memerhatikan jam di dinding ruang tamu sebaik sahaja keluar daripada bilik. Waktu sudah menjengah pukul 10.30 malam. Kelihatan Wadi sedang leka menonton drama di TV3. Kakinya sudah boleh menapak dengan lebih baik setelah diurut oleh Nenek Esah petang tadi. Langkah A.D perlahan menuju ke dapur. Wafi sedang membantu neneknya membancuh tepung untuk membuat kuih... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 23

6 February 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 23 Haikal memulas tombol pintu masuk rumahnya sebaik sahaja kedengaran bunyi loceng. Dia hanya mengenakan seluar pendek paras lutut beserta singlet. Dia tersenyum sebaik sahaja memandang Riana di hadapannya. “Dear, are you okay?” soal Riana. Haikal sengaja berpura-pura. Wajahnya dibuat-buat sakit. Haikal membuka lemah pintu grille. “I tak tahulah. Kepala I... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 22

11 January 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 22 Mata A.D terpegun melihat apa yang terbentang di hadapan matanya. Sungguh indah alam ciptaan yang Maha Esa. Suasana di air terjun itu terasa sangat damai dan nyaman, jauh dari hingar bingar suasana bandar yang membuatkan telinga menjadi sakit. Bunyi percikan air yang mencecah ke batu bagaikan irama indah di telinganya. Latar indah air terjun dikelilingi hutan menghijau... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 21

4 January 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 21 Perjalanan ke Kampung Serkat, Pontian mengambil masa lebih 1 jam dari bandaraya Johor Bahru. Setelah selesai solat jumaat, Wafi dan A.D berangkat. A.D hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke kampung halaman Wafi. Hatinya antara terpaksa dan rela untuk menurut kehendak Wafi. Wafi mematikan enjin kereta sebaik sahaja sampai di rumah kayu separuh konkrit itu.... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 20

17 December 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 20 Pintu bilik itu ditenung lama. Otaknya sedang menjangkakan perkara yang bakal berlaku apabila dia bertentang mata dengan A.D. Dulang berisi hidangan nasi ayam dan jus oren ditatang penuh berhati-hati. Itu ialah makanan kegemaran A.D. Mak Som mengharapkan selera A.D terbuka apabila melihat hidangan itu. Malangnya, A.D tidak turun. Pak Aziz memberitahu Wafi bahawa... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 19

3 December 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 19 Liyana membuka pintu pejabat milik Ridzuan. Sudah menjadi tugasnya sebagai pembantu peribadi untuk menjaga harta peninggalan dan hak milik Ridzuan di pejabat itu sebaik mungkin. Setelah mendengar wasiat yang dibacakan oleh peguam syarikat dan peguam peribadi pemilik kepada Bina Kurnia Berhad itu, Liyana perlu melaksanakan tugasnya sebagaimana yang telah diamanahkan. “Encik... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 18

25 November 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 18 Wafi menghirup udara malam. Matanya tidak mengantuk atau lebih tepat lagi hatinya risau memikirkan A.D. Pemergian Ridzuan juga memberi kesan terhadap dirinya. Meskipun singkat perkenalan antara mereka, Wafi sudah menganggap Ridzuan seperti ayahnya sendiri. Lelaki itu terlalu baik terhadap dirinya. Sekali pun tidak pernah Ridzuan meragui Wafi. Kepercayaan dan amanah... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 16

1 November 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 16 Wajah lelaki tua yang sedang berbual dengan Wafi dan Pak Aziz itu ditenung lama. Wajah lelaki itu nampak tenang. Setiap garis halus kedutan seolah-olah menyembunyikan rahsia. Meskipun gelaran papa yang disebut, dia belum benar-benar memahami isi hati Ridzuan. Entah mengapa hatinya seperti sayu mahu berpisah dengan Ridzuan, sedangkan dahulu dia langsung tidak kisah... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 15

22 October 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 15 A.D menuruni anak tangga yang berada di tingkat 2. Langkahnya perlahan. Fikirannya melayang. Puas dia memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia benar-benar keliru. Sentuhan Wafi jelas terasa. Dia mahukan kepastian. A.D tahu, hanya ada satu cara yang boleh merungkaikan apa yang tersimpul. Dia perlu menanyakan hal itu terhadap Wafi sendiri. “Argghh… mana boleh... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 14

15 October 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 14 Alat kawalan jauh berulang kali ditekan. Bosan dengan rancangan yang disiarkan. Satu pun tidak menarik perhatian Wafi. Sudah cecah seminggu hubungannya dengan Nadhira putus. Apa yang menjadi hairan, hatinya seperti mampu menerima keputusan Nadhira. Perasaannya kembali seperti asal. Dia mengakui, semasa mendengar keputusan Nadhira, jiwanya tidak menentu. Tetapi... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 13

5 October 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 13 Tangan Wafi meletakkan beg bimbit beserta bungkusan plastik di atas meja. Tali leher yang sedia ada longgar ditarik perlahan oleh Wafi sejurus tubuhnya bersandar di sofa separuh kulit di ruang tamu. Badannya terasa letih. Dia sengaja kerja lebih masa. Sedikit sebanyak dia mampu melupakan apa yang berlaku untuk seketika. Wafi memejamkan matanya sebentar. Terasa... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 12

25 September 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 12 Wafi sedang meyemak semula lakaran rekabentuk struktur bangunan komersial setinggi 5 tingkat yang baru sahaja diserahkan kepadanya pagi tadi. Kerjayanya sebagai jurutera menyebabkan jadual masanya menjadi padat. Tambahan lagi dia masih hijau dalam bidang pembinaan mendorong Wafi untuk terus belajar dan menimba ilmu daripada yang lebih berpengalaman. Kakitangan... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 11

14 September 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 11 A.D melangkah masuk ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat 3. A.D baru sahaja pulang dari kerja. Hari itu dia hanya bekerja selama 4 jam, bermula dari pukul 5 petang sehingga 9 malam. Kehidupannya yang terpaksa menghadiri kuliah sejak akhir-akhir ini meletihkan tubuhnya. A.D menuju ke dapur sebaik sahaja meletakkan topi keledar dan kunci motorsikalnya di meja... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 10

6 September 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 10 A.D memulas tombol pintu masuk rumahnya. Wafi yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan tingkah laku A.D. Beg yang berisi pakaian dan keperluannya juga dibawa bersama. A.D melangkah masuk sebaik sahaja pintu terbuka. Dia segera mahu menutup kembali pintu itu. “Eh..eh, kau ni buta ke apa tak nampak aku kat luar ni? Kalau kau tutup pintu, macam mana aku nak... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 9

16 August 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 9 Wafi memandang kolam ikan yang terletak di halaman tepi vila Ridzuan. Fikiranya melayang. Peristiwa petang itu menggamit kotak fikirannya. Masih jelas tutur Rafiq kepada dirinya. “Memang kau rasa sekejap, tapi kau kena ingat. Apa-apa boleh jadi dalam masa setahun. Bayi yang baru lahir pun dah boleh belajar nak berdiri dalam masa setahun. Setahun tu pun dah cukup... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 8

9 August 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 8 Rafiq menepuk-nepuk bahu Wafi sebaik sahaja mendengar perkhabaran baik daripada rakan kuliahnya itu. “Tahniah Wafi. Akhirnya, temuduga ke lima belas membuahkan hasil. Sebagai tanda ucapan tahniah aku, aku belanja kau lepas habis main ni. Apa macam?” cadang Rafiq lalu meneguk air mineral di dalam botol. Malik selaku ketua pasukan ragbi universiti mengajak mereka... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 7

1 August 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 7 A.D membelek-belek topi keledarnya sambil bersandar di dinding. Pandangannya sekali-sekala ke arah pintu masuk firma itu. Dia menantikan Wafi keluar daripada bangunan tersebut. Jauh di sudut hatinya mengharapkan yang Wafi tidak diterima kerja di situ. Bukan kerana dia dengkikan Wafi, tetapi dia ada rancangannya tersendiri. Dia ada sesuatu untuk ditawarkan kepada... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 6

25 July 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 6 Samsul mengelap air matanya yang mengalir keluar. Ketawanya masih lagi tidak berhenti. Entah mengapa, dia merasakan cerita yang baru sahaja A.D suarakan itu mencuit hatinya. Dia tidak pasti sama A.D bergurau atau serius. Izwanie sudah puas menekup mulut Samsul supaya berhenti ketawa, tetapi tidak berjaya. “Sam, aku cakap serius la ni. Kau ni, kawan apa macam ni?... [Teruskan bacaan]

Novel : Superbike itu Cinta…??? 5

18 July 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Nia Qurratun’aini BAB 5 Bunyi deruman enjin motosikal berkuasa tinggi sayup-sayup kedengaran di telinga Mak Som yang berada di dapur. Tangannya yang tadi ligat memotong sayur kubis tiba-tiba terhenti. Dia segera meletakkan pisau lalu mencuci tangannya. Dia bergegas keluar menuju ke laman hadapan. Dia seperti dapat meneka siapa yang datang ke vila itu. Pak Aziz yang sedang membasuh kereta... [Teruskan bacaan]