Cerpen : Sebab Aku Sayang Kau

19 February 2016 
Kategori: Cerpen

Processed with VSCOcam with hb2 preset Oleh: Syu Ariani “DALAM masa seminggu ni, masing-masing jangan nak mengada-ngada nak curi-curi balik atau nak tidur tempat lain. Mama tak peduli. Korang tinggal dalam rumah ni je,” Marianna memberi arahan kepada kedua-dua anak muda di hadapannya itu. Akif mendekati Marianna, tangannya cuba menarik tangan Marianna tetapi ditepis. “Jangan nak mengada nak pujuk... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kasut Tumit dan Cinta

3 November 2014 
Kategori: Cerpen

Oleh: Syu Ariani KASUT TUMIT DAN CINTA “ALAAA.. Tolonglah aku Badrul.. Aku kena mintak jugak dia pulangkan kasut tumit tu kat aku..” Naik bernanah telinga Badrul dengan pujukan demi pujukan Dahlia itu. Dia palingkan tubuh, enggan melayan kehendak Dahlia. Lebih baik dia makan nasi ayam yang menyelerakan. Takut pula makanan tak dapat dihadam dek suara Dahlia. Apa? Tak ada kena mengena? Memang... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Dia Lebih Tahu

2 November 2014 
Kategori: Cerpen

Oleh: Syu Ariani Cerpen Sementara Irfan berusaha untuk mengumpul kenangan, Alisha pula ingin memadam segala memori – ***** BEBERAPA keping foto itu dibiar bertaburan di atas meja, tidak sedikitpun Irfan menjeling walau satu daripadanya. Dah beratus gambar yang ditangkapnya, tak ada satu pun yang berjaya memuaskan hatinya. Dari bersandar, Irfan duduk tegak pula. Marahnya kepada diri sendiri semakin... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Suara Cinta

2 March 2014 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani Lyssa berlari laju meredah kawasan hutan itu. Wajahnya pucat, bagaikan tidak ada darah yang akan keluar kalau ditoleh. Kakinya sudah berbirat, ada darah yang mengalir di kaki tetapi Lyssa tidak pedulikan itu semua. “Kat depan, belok kanan..” Suara asing itu didengarnya lagi. Lyssa akur, dia ikut seperti apa yang dibisikkan ke telinganya. “Sikit je lagi..” Sekali lagi suara... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Sayang Awak, Encik UK!

27 January 2014 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani NADZMIE berlari keluar dari balai ketibaan. Penat dia mengucap maaf kepada orang yang dilanggarnya. Kalau tak kerana Mama, belum tentu Nadzmie akan pulang ke Malaysia. Silap hari bulan, dia akan terus menginap di United Kingdom bersama bapanya. Tercungap-cungap Nadzmie seketika. Dia bongkok memegang lutut, seraya menarik nafas berkali-kali. Puan Aida cakap ada orang akan jemput dia,... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Dekatkan Jarak Kita

19 July 2013 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani SOFIYA menghenyak punggungnya ke atas kerusi. Lega rasanya bila duduk tepat-tepat di hadapan kipas. Penghawa dingin yang turut dihidupkan memberinya lebih keselesaan selepas hampir satu jam dia ‘tersangkut’ di majlis perkahwinan Umaira dan Farhan. “Penat sangat ke?” tegur satu suara garau dari belakang. Sofiya hanya mengangguk tanpa menoleh kepada orang yang bertanya. Tahu-tahu... [Teruskan bacaan]

Novel : Inilah Caranya Cinta 1

25 June 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani BAB 1 TIADA perkataan lain yang sesuai bagi menggambarkan perasaannya kini. Bosan. Ya, Irdina sangat bosan kini. Sudah sebulan dia sedar dari koma namun Irdina tidak dapat melihat dunia luar sama sekali. Pulang sahaja dari hospital, Yasmeen terus memberi arahan kepada semua pembantu rumah di dalam vila itu supaya tidak membenarkan Irdina keluar. Setiap kali Irdina bergerak, Hazlea... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kisah Cinta Kita

8 February 2013 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani DURRAH berlari untuk menahan teksi. Setibanya di tepi jalan, Durrah melambai-lambaikan tangannya, berharap ada teksi yang akan berhenti untuk menghantarnya ke kolej. Hampa. Semua teksi sudah dipenuhi dan jika ada teksi yang masih kosong pun, pakcik teksi itu seolah-olah tidak menyedari kewujudannya. Lagu I’ll Forget You, dendangan Park Shin Hye dalam drama Heartstring yang telah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Jujur, Aku Masih Cinta

8 February 2013 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani Setiap langkahnya keluar dari balai ketibaan itu penuh dengan keyakinan. Baru dua tahun dia tidak pulang ke kota metropolitan ini tetapi dia sudah terlalu merindui tempat ini. Inilah tempat lahirnya, tempat yang telah menyaksikan bangun dan jatuhnya, tempat yang menyaksikan gelak dan tangisnya. Sekali lagi gadis cantik itu mengulum senyum. “Leganyaaaaaa…” Syafina menggeliat... [Teruskan bacaan]

Novel : 100 Hari Mengenal Cinta 5

16 January 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani BAB 5 MALAM itu, Airina leka menonton televisyen sendirian. Entah kenapa Hazizul dok terperuk dalam bilik. Malu lagilah tu pasal 100 hari tu. Airina mencapai remote control apabila rancangan yang disiarkan di TV tidak menarik minatnya. Airina mengerling jam yang tergantung di dinding. Cantik jam tu. Berbentuk matahari dan berwarna hitam, menyerlahkan dirinya sendiri yang tergantung... [Teruskan bacaan]

Novel : 100 Hari Mengenal Cinta 4

9 January 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani BAB 4 AIRINA duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Mungkin matanya seakan merenung bingkai gambar yang terletak kemas di atas meja solek tetapi fikirannya sudah jauh melayang. Airina mengingati nasib dirinya sendiri. Siapa sangka hidupnya akan berubah 360 darjah? Eh, tak. Baru 180 darjah. Tunggulah sekejap lagi, confirm cecah 360 darjah! Airina teringat penjelasan Hazizul tentang... [Teruskan bacaan]

Novel : 100 Hari Mengenal Cinta 3

26 December 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani BAB 3 Airina meletakkan gagang telefon rumah selepas memberi salam. Dia baru sahaja berbual dengan Halim dan Salbiah. Pasangan suami isteri itu sedang berada di Perancis, mengikut Zainal dan Norli membeli-belah di sana. Zainal yang beriya-iya sekali. Airina masih ingat lagi kata-kata Zainal semalam. “Alaa, sekarang ni kita pergi sana, beli barang sikit-sikit untuk diorang kahwin... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cinta Si Ms Blind Date

23 December 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani If there are images in this attachment, they will not be displayed. Download the original attachment “Akakkkkkkk!” Bergema satu rumah itu dengan suara Sara yang bagaikan halilintar membelah bumi. Kakaknya, Dhia sudah ketawa mengekeh. Kelakar pula dia dengan reaksi satu-satunya adiknya itu. Sara merenung kakaknya tajam. Ikutkan hati, nak je dia tolak kakak dia tu kat dalam gaung.... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Percayakan Cinta Istikharah Ini

23 December 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani Untuk cerpen kali ini, saya gunakan watak Luqman daripada cerpen ‘Cahaya Cinta’. Harap semua pembaca sukakan cerpen ‘Percayakan Cinta Istikharah Ini’, ye ! ***** Luqman berjalan masuk ke dalam pejabat abangnya sambil sesekali matanya dikenyitkan kepada gadis-gadis cantik. Gayanya cukup bersahaja, tidak bimbang jika dirinya akan digelar gatal ataupun miang. Yang si gadis pula... [Teruskan bacaan]

Novel : 100 Hari Mengenal Cinta 2

18 December 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani BAB 2 AIRINA merenung kosong skrin komputer di hadapannya. Banyak gambar yang perlu di-edit tetapi hari ini dia tidak punya mood untuk menunaikan tugasnya. Airina mengeluh berat. Matanya tertancap pada sebuah album gambar yang terletak elok di atas mejanya. Di luar sedar, tangannya sudah mencapai album gambar tersebut lalu dibeleknya satu persatu. Itulah album pertunangannya dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : 100 Hari Mengenal Cinta 1

10 December 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Syu Ariani PROLOG Gadis itu berjalan sendirian sambil memeluk tubuhnya. Sesekali tangan kirinya dibawa ke pipi, lalu mengesat air mata yang mengalir. Duhai air mata.. Bila agaknya kau akan berhenti mengalir? Tangannya menyentuh dadanya pula. Sungguh, saat ini ianya terasa sangat sakit. Terbayang-bayang di matanya aksi di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang disaksikan sebentar tadi. Inikah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cahaya Cinta

25 November 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani “FARISYA!” Langkah Farisya terhenti semerta. Dia berpaling, mencari arah suara tersebut. Namun tiada satu kelibat pun yang kelihatan. Farisya mengatur langkahnya semula. Sesekali matanya melirik ke jam tangan yang dipakainya. Dua petang! Dia harus pulang dengan segera! Langkah Farisya dipercepatkan. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri tepat di hadapannya, lantas membuatkan Farisya... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Sayang Si Kappo-boo!

18 November 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani Aliya merenung tajam lelaki di hadapannya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia stapler mata si Haziq ni, biar tertutup. Dari tadi asyik merenungnya, menyakitkan hati betul. Haziq pula tidak mahu mengalah, dia membalas renungan tajam Aliya. Gara-gara berebut tempat duduk untuk menikmati sarapan pagi, Aliya dan Haziq bertelingkah. Rakan Aliya, Farizul dan rakan Haziq, Suraya memandang mereka... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kasih Norlaily

4 November 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani NORLAILY tersenyum meleret sebaik dimarahi oleh rakan baiknya, Hany. Ini bukan kali pertama Hany membebel kepadanya, bahkan sudah jutaan kali. Semuanya gara-gara Norlaily yang tidak pernah menepati masa. Nasib baik Hany sudah biasa dengannya dan Norlaily sendiri sudah menebalkan telinganya. Hany melihat jam di tangannya. Lagi dua minit pukul 8 malam! “Kau tengok ni! Dah nak pukul... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Antara Dendam dan Cinta

12 August 2012 
Kategori: Cerpen

Oleh : Syu Ariani Cerpen Antara Dendam dan Cinta ni merupakan sambungan Harga Sebuah Persahabatan. Rentetan kisah Raisya dan Nizam saya lakarkan di sini. Maaf kalau pembaca kurang sukakan cerpen ini, tapi sebarang komen dari pembaca, amat saya hargai. Terimakasih ***** RAISYA berjalan mengelilingi Danga Bay sendirian. Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang berjalan beriringan sambil... [Teruskan bacaan]