Novel : Tak Mampu Ku Hindari 25

20 March 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Maria memecut laju kereta Mercedes SLK300 Convertible milik Hisyam. Sesekali sepasang mata terarah ke cermin pandang belakang. Hati bimbang jikalau Hisyam mengekorinya. Hati menyesali tindakan yang telah dibuat. Kalaulah dia tidak datang ke Kuala Lumpur? Kalaulah dia membiarkan sahaja ugutan Hisyam? Pertemuan tadi tidak langsung berpihak kepadanya. Jelas, suami yang disayangi tidak mahu... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 24

10 March 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi “Abang bagi Lia tempoh seminggu untuk balik ke rumah. Itu, atau abang akan pastikan Aiman jadi hak abang. Terserah Lia!” Pendek sahaja isi surat yang ditunjukkan oleh peguam Hisyam namun itu sudah cukup mengharu-birukan hidup Maria semula. Ayat-ayat yang ditulis telah memporak-porandakan fikirannya. Kacau-bilau! Pokok persoalannya ialah bagaimana Hisyam tahu tentang dirinya?... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 23

22 February 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Kandungan Maria semakin hari semakin membesar. Bentuk tubuh juga sudah berubah. Dirinya kelihatan semakin berisi. Walau alahannya agak teruk di awal kehamilan, sekarang keadaan sudah semakin baik. Masa terluang dihabiskan dengan membaca. Buku-buku tulisan Profesor Dr Hamid Arshat menjadi kesukaan. Banyak ilmu yang diperolehi oleh Maria melalui pembacaan hasil tulisan Prof itu, maklumlah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 22

8 February 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Ke mana harus pergi? Ke mana harus dituju? Agar Hisyam tidak lagi dapat mencari. Agar bersama pemergiannya ini, nama itu terus dapat dilenyapkan daripada ingatan. Agar luka di hati mampu disembuhkan? Di Puduraya, Maria tidak mahu berlama-lama. Dia bimbang kalau-kalau Hisyam akan mencarinya di situ walau dia tahu kemungkinan itu hanyalah 0.001%. Lantas dia segera membeli tiket. Dari KL ke... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 21

27 January 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Malam kian larut. Suasana semakin sepi. Bunyi enjin kenderaan yang melewati jalan besar sudah berkurangan. Sunyi benar keadaan malam ini. Apatah lagi, hujan masih turun renyai-renyai. Sejak lewat petang tadi ia sudah turun dan masih belum berhenti. Suhu juga semakin dingin. Maria mengalihkan tubuhnya perlahan-lahan. Cuba mencari keselesaan. Tempias hujan yang mengenai pipi disapu... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 20

19 January 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Maria tunduk merenung lantai. Di wajah, tiada langsung riak terperanjat. Tenang sahaja kelihatannya. Reaksinya itu membuat hati Datin Syarifah bimbang. Dato’ Ahmad pula mundar mandir di hadapan mereka. Gelisah! Hisyam hanya memerhati. Sejak tadi, dia menanti Maria melepaskan geram kepadanya. Menghamburkan kemarahan. Menengkingnya. Memukul atau apa sahaja. Atau menangis?... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 19

12 January 2010 
Kategori: Novel

Oleh : sofi “Lin, sudi tak you kahwin dengan I?” Salina tercengang-cengang. Ternganga mulutnya. Wajah Hisyam direnungi dalam-dalam. Ada rasa tidak percaya. Ada rasa bahagia. Jelas perasaan yang berbaur itu di air wajahnya yang jelita. Hisyam tersenyum. “Maaf, ya. You tentu tak menyangka I sanggup tanya you soalan itu. Tapi I benar-benar serius ni. I nak kahwin dengan you.” Ujarnya. Akhirnya…..fikir... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak Mampu Ku Hindari 18

28 December 2009 
Kategori: Novel

Oleh : Sofi Maria membuka sepasang matanya perlahan-lahan. Terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan angka 9, dia terkejut. Bagaimanalah dia boleh tidak sedar sehinggakan terlepas waktu Subuh? Terkocoh-kocoh dia bangun. Segera ke bilik air, bersugi dan mengambil wudhuk. Terus sahaja bersolat, walau sudah terlewat. Nak buat macam mana? Bukan disengajakan! Usai solat, katil dikemaskan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 17

20 November 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Hisyam kini sedang melangkah seiringan dengan Salina. Mereka bercadang untuk makan malam di Hotel Istana. Tempat duduk telah ditempah awal-awal lagi. Langkah Hisyam kelihatan lemah dan tidak bermaya namun gadis di sebelahnya begitu riang bercerita. Sesekali, tersungging juga senyuman di bibir nipis lelaki itu. Sudah acapkali mereka dilihat bersama. Berdua. Hisyam kini banyak sekali... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 16

10 November 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Sayup-sayup suara gemersik mengalunkan ayat-ayat suci al Quranul Karim dapat didengari. Dalam hening dinihari, suara itu kedengaran sungguh syahdu. Sendu alunan suara bagai memberitahu betapa sedihnya jiwa yang ditinggalkan. Gersangnya hati yang sudah kehilangan. Kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehilangan kemesraan seorang adik. Maria tekun meneruskan pembacaan. Doanya agar setiap... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 15

4 November 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Maria mendongak ke langit. Keadaan tengah hari itu suram dan redup benar. Awan gelap bergumpalan. Langit seakan-akan ingin menurunkan hujan yang sangat lebat. Diri disandarkan ke dinding. Dahi yang berpeluh dingin dikesat. Tangan diletakkan di dada yang sejak tadi, asyik berdegup dengan kencang. Dia risau tetapi dia tidak tahu mengapa. Tidak mengerti mengapa debaran itu hadir. Telefon... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 14

26 October 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Sudah tiga hari ditinggalkan. Maria menghitung sepi waktu yang berlalu. Seperti yang dijangka, Hisyam tidak langsung menghubungi. Sibuk sungguh suaminya! Nasib baik, ibu dan adiknya, Muaz, datang. Lupa sebentar pada masalah sendiri kerana sibuk melayan mereka. “Esok, mak nak jenguk mami kamu, Lia. Dah tiga hari kat sini, rindu pulak pada mak mertua kamu tu.” Aisyah berbicara... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 13

22 October 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi “Cantiknya kain ni, Lia. Di mana Lia beli?” Tanya Datin Syarifah sambil membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Gembira sungguh dia mendapat baju baru, apatah lagi baju itu dijahit oleh menantu kesayangannya. Maria hanya tersenyum melihat gelagat ibu mertuanya. Soalan itu dibiarkan sahaja. Yang penting, datin sukakan hadiah yang diberi. “Eh, dah pukul enam ni. Syam... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 12

15 October 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Maria menangis teresak-esak di dalam kereta. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, hanya esak tangisnya yang kedengaran. Sebaik sampai, dia terus berlari ke bilik, menghumbankan diri di atas katil. Hatinya terlalu sedih. Terasa diri dikhianati oleh suami sendiri. Hisyam berdiri di tengah-tengah pintu bilik sambil bercekak pinggang. Dia sangat-sangat marah ketika ini. “Abang tak... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 11

7 October 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Sejak peristiwa itu, Hisyam menolak setiap kali Salina mengajaknya keluar makan bersama. Dia tidak mahu isterinya cemburu lagi. Walau dia dengan Salina tidak mempunyai sebarang hubungan, dia tidak mahu mengecilkan hati Maria. Pada suatu hari, Salina memasuki bilik pejabat Hisyam dengan wajah yang sedih. “Apa salah I pada you, Syam? Kenapa you dah tak mahu temankan I lagi?”... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 10

30 September 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Maria melangkah masuk ke dalam bilik air yang mewah. Cecair sabun dituang semua ke dalam kolah mandi yang cantik. Secara perlahan-lahan, dia menenggelamkan tubuhnya untuk berendam. Hampir sejam dia merehatkan diri di situ. Bau harum menyegarkan minda. Menenangkan fikiran yang kusut. Mendinginkan hati yang panas! Terbayang semula kemesraan suaminya dengan wanita itu tadi. Patutlah rumah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 9

16 September 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Sepanjang perjalanan pulang, Maria asyik memikirkan apa yang diberitahu oleh mami. Fikirannya tidak tenteram. Terasa diri ditipu selama ini. Fikirnya apabila Hisyam lambat pulang, suaminya itu sibuk dan banyak kerja. Rupa-rupanya tidak. Hisyam lewat kerana dia bersama perempuan lain. Melihat jam yang baru menunjukkan angka lapan, Maria mengambil keputusan untuk singgah di Carrefour,... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 8

10 September 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi Hisyam terjaga bila jam loceng berbunyi dengan kuat di atas meja kecil di sisi katil. Melihat ke sisi yang kosong, dia tahu Maria sudah lama bangun. Sudah pasti, isterinya itu masih lagi merajuk. Jam loceng itu menjadi bukti. Selesai mandi dan solat, dia mencari baju yang ingin dipakai untuk hari ini. Selalunya, Maria akan meletakkan baju itu dengan berhati-hati di atas katil tapi... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 7

1 September 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : sofi “Hai, tak tidur lagi?” Teguran Hisyam benar-benar membuat Maria terkejut. Tindakan refleks menyebabkan dia mengerling ke arah jam di dinding. ‘Dah pukul 1 pagi. Dia lewat lagi…’ bisik di hati. Selalu benar suaminya itu balik lewat sekarang. Hati tertanya-tanya! Banyak sangatkah kerjanya? Sibuk sangatkah dia? Atau… selepas lima tahun, Hisyam sudah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tak mampu ku hindari 6

25 August 2009 
Kategori: Novel

Nama Pena : Sofi Musim berganti. Kini usia perkahwinan Maria dan Hisyam sudah melewati tahun kelima. Hari-hari yang dilalui selama ini sentiasa diisi dengan limpahan kasih sayang. Hanya satu yang kurang di dalam kemesraan ini. Hanya satu yang masih tiada. Ya, Maria masih belum mampu memberikan Hisyam cahaya mata. Entah di mana silapnya, dia masih belum mengandung. Keadaan ini menjadikan Maria amat... [Teruskan bacaan]