Terlerai Kasih

29 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

ILHAM FITRIā€¦ Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 32

2 January 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 32 HARI ini masuk hari kedua Am meninggalkanku dengan ikatan perkahwinan yang ku gelar sandiwara semata-mata. Aku tidak mungkin menyalahkannya kerana syarat ini jelas keluar dari mulutku. Usai Dhuha, aku terus keluar dari rumah tanpa pengetahuan mak. Memandu sendiri menuju ke kawasan perkuburan di hujung kampung awal pagi itu. Sudah bertahun aku tidak menjejakkan kaki ke... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 30, 31

21 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 30 AKU termangu sendiri di jendela rumah emak. Membiarkan rambutku yang lepas bebas terus dielus angin. Suasana petang ini benar-benar menenangkan. Cuma hatiku saja yang sentiasa gundah dan tidak pernah menemui ketenangan. Aku sudah mula berkeputusan untuk melupakan segalanya yang pernah aku lalui tapi mampukah aku? Kelopak mata terasa suam lagi. Pantas aku menghela nafas... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 28, 29

15 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 28 NIATKU untuk mengajak Am ke rumahnya lebur tiba-tiba. Sekelip mata hancur. Bagai dibadai taufan. Sudahnya, aku sambut pelawaan Izham untuk membawa kau pulang dengan hati yang dibalut kecewa. Wajah Puan Insyirah mesra menyambut kami di muka pintu. Biarpun rautnya sedikit berkerut melihatkan aku dengan Izham di ambang pintu, dia tetap tersenyum mesra. “Kenapa kamu... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 27

6 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 27 TELEFON bimbitku sejak dari tadi menjerit nyaring. Aku melangkah malas mendapatkannya di atas meja tulis. Nombor yang tiada dalam senarai daftar. Aku biarkan sahaja lantas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Peristiwa demi peristiwa buruk yang menimpa diriku benar-benar membuatkan aku lemah. Bagaikan tiada daya untuk melangkah. Usai Maghrib, aku mengalunkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 25, 26

27 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 25 USAI makan tengah hari, aku terus mengemas semua pinggan mangkuk. Saat aku sedang mencuci gelas-gelas kotor, Puan Insyirah menghampiriku. “Sudahlah tu Fiah! Mari kita ke depan. Tinggal je nanti mama buat semua tu. Kita ada benda lagi penting nak bincang ni. Nak kena dapatkan persetujuan Fiah ni!” Aku tidak dapat mengelak bila Puan Insyirah tidak sudah-sudah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Terlerai kasih

19 November 2011 
Kategori: Cerpen

Oleh : DYADILA Malam menjadi saksi bagaimana bahagianya aku apabila dengan sekali lafaz diri ini sudah menjadi miliknya. Senyuman tak lepas dari wajahku walaupun ada mutiara jernih menjadi temanku sekejap tadi. “tahniah isteriku..” bisiknya perlahan sebaik saja bibirnya menyentuh dahiku. “terima kasih suamiku..” balasku dengan rasa malu yang mungkin sudah mewarnai wajah ini.... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 23, 24

15 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 23 JAM sudah menginjak ke petang. Waktu pejabat sudah hampir berakhir sedangkan perutku masih berlum terisi daripada pagi. Menyesal pula menolak pelawaan Am untuk makan bersama usai kerja mengemas tadi dan dia terpaksa bergegas ke pejabat bila mendapat panggilan daripada adiknya, Izham. Aku mencuci cawan di dalam pantry selepas menikmati minum petang dengan beberapa keping... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 22

5 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 22 KEADAAN bilik yang masih bagaikan tongkang pecah membuatkan aku kembali menyambung kerjaku yang terhenti tadi. Am mendekati selepas merapatkan daun pintu. Dia mula duduk mencangkung di sisiku. Jarinya pantas menyusun beberapa dokumen tanpa ku pinta pertolongannya. “Siapa tadi?” Nah, akhirnya Am mula bersoal mengenai Fazlee. Itu sudah ku duga dan aku harus... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 19, 20, 21

23 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 19 KAMI tiba sedikit lewat ke majlis ulang tahun IF Group yang berlangsung di Hotel Legend di Jalan Putra. Sesudah menunaikan solat Maghrib, aku terus ke pejabat menjemput Suraya, Fariza dan Zura bila aku meminta mereka berkumpul di satu tempat. Puas aku menolak pelawaan Am untuk menjemputku kerana aku mahu bersama-sama dengan teman sepejabat. Aku mahu memulakan hubungan... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 16, 17, 18

14 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 16 Keesokan harinya, aku ke pejabat seperti biasa. Menjalani rutin harianku. Meja Fara masih kosong. Sudah berkali-kali aku memohon kepada Encik Azhan agar mengatur temuduga secepat mungkin. Sebetulnya aku sangat memerlukan seorang pembantu. Bebanan kerja yang semakin bertambah membuatkan aku tiada masa untuk keluarga malah untuk diri sendiri juga. Ditambah pula dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 13, 14, 15

7 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 13 DALAM remang senja yang sudah mula menaburkan gerimis, aku tiba jua di rumah sewaku. Badan yang dimamah lesu ku rebahkan ke katil. Saat aku ingin melebarkan pintu hati, kepahitan itu terlebih dahulu datang mengetuk, lantas menguak jendela kenanganku tanpa izin. Kepahitan yang Fazlee tinggalkan, aku terimanya sebagai sesuatu yang sudah tersurat di landasan takdir untuk... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 10, 11, 12

29 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 10 JAM di pergelangan tangan ku pandang sekilas. Sudah menghampiri ke pukul 11.00 pagi. Sudah hampir sejam aku menunggu kehadiran pengarah baru itu. Jangankan hendak dimaklumkan kelewatannya malah menghantar wakil pun tidak. Aku merengus keras. Air yang dihantar Fatehah sebentar tadi sudah sejuk dihembus penghawa dingin. Kesabaranku mula menipis. Pantang bila temujanji... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 7, 8, 9

23 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 7 Mesyuarat berjalan lancar selama hampir satu jam. Lega bila melihatkan Encik Azhan tersenyum ke arahku. Aku menghela nafas lega bila Encik Azhan mengangguk-ngangguk tanda setuju dengan pembentanganku. Lepas rasanya satu beban dari dadaku. Aku melepasi pintu bilik mesyuarat dan terus menuju ke bilikku. Lega setelah satu masalah dapat ku selesaikan. Andai tidak, tak dapat... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 4, 5, 6

9 September 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar BAB 4 AKU sedang mengemas pakaianku ke dalam beg galas saat emak datang padaku pagi itu. Aku sekadar diam tidak berkata apa-apa. Hanya tangan yang masih ligat menyumbat semua saki baki pakaianku ke dalam beg. Pasti emak sudah mengetahui segalanya daripada Kak Anah. Aku tidak peduli. Kali ini, hatiku benar-benar retak mengenangkan sikap darah dagingku sendiri. Aku benci bila... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 1, 2, 3

8 August 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Rehan Makhtar Semalam penuh kedukaan Ku kenal erti percintaanmu Tewas akhirnya kesabaranku Yang sering ku pertahankan Dengan linangan airmata Terlucut jua genggaman tangan Puas aku menahan Langkahmu makin ke depan Pepatah pujangga pun turut berkata Yang patah kan tumbuh penghujungnya Tetapi hatiku tak dapat menerima Yang datang tiada serupa Biarlah ku hidup sendiri Tak ingin aku mencari pengganti Tiada... [Teruskan bacaan]