Novel : The Lost World 7
Oleh : Helmi Effendy “Dengan benda ni, kita kan keluar hidup-hidup dari pulau ini,” Azrin mengulangi ucapanya tadi. Naim lantas membetulkan kaca matanya sambil mengamati ikatan rakit yang tidak kemas itu. Dia mengetuk perlahan kayu balak yang diikat dan dipotong untuk membentuk rakit tersebut. “Kau gila ke Azrin?” soal Naim yang sedang merenung wajah Azrin. ... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 6
Oleh : Helmi Effendy Cikgu Fiefa kelihatan longlai mengekori Saiful Hawiz dari belakang, diikuti oleh tiga orang pelajar yang bernama Wai Hong, Shahlan dan Fred. Terima kasih kepada Saiful, tanpa dia, aku tak mungkin akan berdiri dalam keadaan seperti ini. Mungkin aku akan jadi arwah selepas menjadi hidangan nafsu budak-budak tak berguna tempoh hari. Kata-kata Saiful masih terngiang-ngiang... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 5
Oleh : Helmi Effendy Empat hari tanpa bantuan di bumi yang asing, itulah yang boleh diibaratkan kepada mereka. Kejadian aneh bertimpa-timpa, tetapi semuanya tidak cukup untuk merungkai misteri mengapa, bagaimana dan kenapa mereka boleh terperangkap di atas tempat yang bernama ‘The Lost World’ seperti mana yang dinamakan oleh Ahmad Naim. Husna sedang membelek baju Ika untuk dipakainya... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 4
Oleh : Helmi Effendy “Awak jahat… awak jahat,” Ika masih teresak-esak menangis sambil memeluk erat Helmi. Helmi tergamam tidak bersuara. Hidungnya berdarah pada waktu itu, meleleh. Ahmad Naim hanya berdiri di muka pintu bilik sambil bersandar dan berpeluk tubuh. “Mana awak pergi selama ni?” tanya Ika sambil meleraikan rangkulannya tadi. Wajah Ika jadi merah... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 3
Oleh : Helmi Effendy Ketika dalam perjalanan untuk ke sebuah percutian sambil belajar yang dianjurkan oleh SMK Dato’ Onn di Langkawi, pesawat Boeing 707 yang dinaiki oleh mereka terhempas di sebuah pulau yang sangat mengerunkan. Naim menggelarnya dunia yang hilang ataupun The Lost World. Sebaik sahaja Helmi membuka mata, dia telah disajikan dengan bahaya yang menimpa dua orang rakannya. Aksi heroic... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 2
Oleh : Helmi Effendy Seekor monyet memegang hidung Helmi, membuatkan jejaka itu tersedar dari pengsan. Tatkala mata Helmi terbuka, monyet tersebut membuka langkah seribu meninggalkan Helmi yang terpingga-pingga di lantai hutan. Helmi bangkit, sambil membersihkan tubuhnya yang kotor dengan kesan debu dan tanah. Aneh, dia tidak cedera. Bukankah tadi pesawatnya terhempas, tapi… Helmi melilau... [Teruskan bacaan]
Novel : The Lost World 1
Oleh : Helmi Effendy Helmi Effendy, jejaka tinggi lampai itu sedang duduk bersilang di atas kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan tenang, tersengih melihat sekelilingnya dengan senyuman melebar. Wah.. cunnya pramugari itu. Mata Helmi tajam merenung susuk tubuh seorang gadis yang lengkap beruniform merah, seksi dan jelita, sesuai dengan professionnya sebagai pelayan... [Teruskan bacaan]







