Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang

14 February 2012 
Kategori: Novel

4,241 bacaan Catat Ulasan

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.  Read More →

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 20

12 September 2011 
Kategori: Novel

12,215 bacaan 60 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Assalamualaikum. Sayang… Abang dah balik ni,” sapa Ikmal sambil membawa sejambak mawar merah untuk Mia. Sengaja dia ingin menghadiahkan Mia bunga walaupun dia tahu Mia tidak sukakan bunga. Dia berjalan menuju ke dapur untuk mencari Mia. Sebaik sahaja habis berbual dengan Mia di telefon tadi Ikmal terus bergegas untuk pulang. Dia pulang awal dengan niat untuk membantu... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 19

26 August 2011 
Kategori: Novel

11,479 bacaan 39 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Ke manalah Mia ni pergi. Tak reti-reti nak balik agaknya. Dah tu off handset pula,” bebel Ikmal yang tidak senang duduk dari tadi. Mia sudah berjanji padanya akan singgah sekejap sahaja, tetapi sampai sekarang Mia masih belum pulang-pulang lagi. Ikmal menoleh sekilas jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 9.00 malam tetapi kelibat Mia masih tidak kelihatan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 18

19 August 2011 
Kategori: Novel

8,330 bacaan 28 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Mia suka bunga?” soal Ikmal sambil mencium bunga ros yang sedang mekar dan berkembang indah. Hari ini dia dan Mia akan menghabiskan masa melawati tempat-tempat menarik di Cameron Highlands sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok pagi. Dia akan membawa Mia pergi ke ladang strawberi, ladang teh, Kia Farm, Taman Rama-rama dan pelbagai lagi tempat yang menarik. Walaupun badannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 25

13 August 2011 
Kategori: Novel

12,980 bacaan 43 Ulasan

Oleh : TinTa Biru “Nanti tolong betulkan quotation ni. Ada sikit type errorlah,” arah Ikram sambil memberikan kertas sebut harga tersebut kepada Syafiqah. Syafiqah yang sedang khusyuk menyemak fail menoleh ke arah Ikram yang berdiri di hadapan meja kerjanya. Sebut harga yang dihulurkan oleh Ikram diambil dan dia melihat sekilas. “Ye ke ada silap. Tapi tadi saya dah check betul-betullah.... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 17

12 August 2011 
Kategori: Novel

8,238 bacaan 25 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Cik, ada bilik kosong lagi tak?” soal Ikmal kepada gadis manis yang sedang bertugas di kaunter. “Sekejap ye encik. Biar saya semak dulu,” gadis manis tersebut ligat menjalankan tugasnya. Ikmal menunggu dengan debaran. Berharap agar ada sebuah bilik kosong untuk dirinya. Kepalanya cukup berserabut sekarang. Memikirkan masalah antaranya dan Mia yang seperti... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 24

7 August 2011 
Kategori: Novel

7,385 bacaan 13 Ulasan

Oleh : TinTa Biru “Hai… Menungkan apa tu? Fiqa masuk pun tak sedar,” Syafiqah memetik jari di hadapan muka Ikram yang sedang mengelamun. Dari tadi dia mengetuk pintu bilik Ikram tetapi tidak ada jawapan, sudahnya dia masuk sendiri tanpa dipelawa. Tersentak kecil Ikram dibuatnya lantas mengurut perlahan dadanya. “Bila masa sayang masuk. Ik tak sedarpun. Sayang tak ketuk pintu... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 16

5 August 2011 
Kategori: Novel

9,613 bacaan 29 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Mia pandai masak apa?” soal Ikmal sambil menolak troli. Wajah cemberut Mia direnung dalam-dalam. “Masak air,” balas Mia ringkas. Hatinya masih panas dengan tindakan Ikmal yang menyebabkan dia diberhentikan kerja. Entah apalah yang diberitahu oleh Ikmal kepada Pengurus Carrefour tersebut, tiba-tiba sahaja dia dipanggil dan diberitahu khidmatnya tidak diperlukan... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 23

29 July 2011 
Kategori: Novel

7,132 bacaan 23 Ulasan

Oleh : TinTa Biru Ikram kelihatan begitu sibuk meneliti dokumen yang baru diterima. Dokumen daripada CST cawangan Kedah berkenaan dengan ‘tender bidding’. Sesekali wajahnya kelihatan berkerut. Syafiqah yang duduk di hadapannya tekun menunggu arahan yang akan diberikan. Ikram yang sedang sibuk direnung galak. Lelaki yang bakal menjadi suaminya. Seorang yang cukup berkarisma dan bercita-cita... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 15

28 July 2011 
Kategori: Novel

8,222 bacaan 26 Ulasan

Oleh : Tinta Biru “Jom abang tunjukkan bilik kita,” arah Ikmal sambil memegang lembut lengan Mia. Mereka berdua baru sahaja memasuki dalam kediaman Ikmal. Mia buat muka pelik. Bilik kita? Maksudnya bilik dia dan Ikmal. Oh tidak… Sedikitpun dia tidak berganjak sebaliknya cuma berdiri kaku. “Jomlah… Bilik kita dekat atas,” jelas Ikmal lagi. “Saya tak nak tidur... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 22

22 July 2011 
Kategori: Novel

7,657 bacaan 26 Ulasan

Oleh : TinTa Biru Ikram menggenggam kemas jari-jemarinya. Langkahnya diatur laju menuju ke arah Syafiqah dan Khairil. Kerancakkan mereka berbual membuatkan hatinya dipagut cemburu. Tidak habis-habis Khairil mengganggu Syafiqah. Yang Syafiqah pula kenapa mesti melayan lelaki tersebut. Padahal dia telah berpesan kepada Syafiqah sebelum pergi ke tandas tadi. Hatinya semakin membuak dengan perasaan marah... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 21

15 July 2011 
Kategori: Novel

7,485 bacaan 19 Ulasan

Oleh : TinTa Biru “Nina. Nanti aku nak jemput kau datang ke rumah aku. Ada kenduri sikit,” pelawa Syafiqah yang sedang menyuap nasi lemak. Dia dan Nina sedang menikmati sarapan pagi di pantri pejabat Global Engineering Holding. Hujung minggu ini akan berlangsungnya majlis pertunangan antara Syafiqah dan Ikram. Segala persiapan semuanya sudah dibereskan minggu lepas. Warna tema untuk majlis... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 14

14 July 2011 
Kategori: Novel

7,990 bacaan 27 Ulasan

Oleh : Tinta Biru Mia sedang asyik menonton televisyen sambil mengunyah Twisties. Terkumat-kamit mulutnya mengunyah. Ikmal tidak tahu menghilang ke mana. Mungkin tengah tidur di dalam bilik ataupun sedang mandi. Kalau boleh Mia tidak ingin berada dekat dengan Ikmal. Meluat matanya memandang wajah lelaki itu. “Eh eh budak bertuah ni. Khusyuk betul tengok tv. Tak reti-reti ke nak bawa Ikmal tu... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 20

8 July 2011 
Kategori: Novel

7,148 bacaan 18 Ulasan

Oleh : TinTa Biru Syafiqah dan Puan Mona sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sesekali Syafiqah tergelak kecil apabila melihat aksi kelakar di kaca televisyen. Puan Mona yang duduk di sebelahnya dipandang sekilas. Serba salah pula untuk Syafiqah memberitahu tentang hasrat Ikram siang tadi. Kalau perkara lain memang mudah untuk dia bercerita, tetapi perkara yang melibatkan perkahwinan... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 13

7 July 2011 
Kategori: Novel

7,145 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Tinta Biru Bab 13 “Pengantin lelaki dah sampai dah ni,” kedengaran suara kecoh dari luar. Mia yang berada di dalam bilik dari tadi tidak senang duduk. Tiba-tiba pula darah gemuruhnya datang. Hari ini tetamu yang hadir lebih ramai daripada sewaktu berlangsungnya majlis akad nikah semalam. Kehadiran tetamu yang ramai itu menyebabkan dirinya semakin tidak tentu arah. “Mia cepat... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 12

1 July 2011 
Kategori: Novel

6,892 bacaan 23 Ulasan

Oleh : Tinta Biru Saat ini hampir kesemua ahli keluarga Mia berkumpul di rumah sewanya. Cik Medan, Cik Ana, Mak Bibah dan Nenek Timah pun ada. Apa yang paling mengejutkan Mia, Pak Hassan yang merupakan ayah Mia turut ada sama. Semuanya kecoh disebabkan kes Mia ditangkap khalwat. Sukar untuk digambarkan perasaan Mia sekarang ini. Dalam hatinya amat kuat mengatakan bahawa Mak Bibah ada kaitan dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 19

24 June 2011 
Kategori: Novel

7,249 bacaan 26 Ulasan

Oleh : TinTa Biru Ikram melangkah laju menuju ke arah Syafiqah dan Khairil. Ikutkan hatinya memang hendak dikerjakan Khairil itu secukup-cukupnya. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran supaya jangan mendekatkan diri dengan Syafiqah, namun perkara itulah yang sering dilakukannya. Mukanya merah menahan marah. Lengan baju kemejanya disingsingkan sehingga ke paras siku. Tidak sabar-sabar rasanya dia hendak... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kesilapanku Keegoanmu

19 June 2011 
Kategori: Cerpen

18,291 bacaan 75 Ulasan

Oleh : Tinta Biru Farisha seorang gadis yang berumur 24 tahun. Berdarah campuran kerana arwah ibunya merupakan warga Indonesia. Sekali tengok memang cun gila. Dua kali tengok pun masih cun lagi. Berlesung pipit di pipi, ketinggian 160cm, berkulit cerah, berambut ikal mayang, berwajah bujur sirih dan mempunyai susuk tubuh yang amat menarik. Cuma perangainya sahaja yang tidak berapa cun. Seorang yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Aku Suka Kau Benci. Apa Kes? 11

17 June 2011 
Kategori: Novel

6,295 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Tinta Biru Bab 11 Mia dan Liza sedang menikmati hidangan tengahari di Mc Donalds. Mereka makan dengan begitu berselera sekali. Sesekali Mia memerhatikan gelagat pengunjung yang turut berada di dalam Mc Donalds tersebut. Bermacam-macam perangai dan kerenah dapat dilihatnya. Sedang asyik menjamu selera itu tiba-tiba telefon bimbit Mia berbunyi. Nama di skrin telefon bimbitnya dilihat. Berasa hairan... [Teruskan bacaan]

Novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang 18

16 June 2011 
Kategori: Novel

6,893 bacaan 25 Ulasan

Oleh : TinTa Biru 18 Syafiqah menggosok baju kebaya biru untuk dipakai esok hari. Selesai menggosok, baju tersebut disangkut. Dia kemudian terus menuju ke meja solek. Rambutnya yang panjang paras pinggang disisir rapi. Jam loceng di atas meja solek dipandang sekilas. Baru menunjukkan pukul 10 malam. Masih awal lagi untuk dia melelapkan mata. Tiba-tiba dirinya terasa teramat rindukan Ikram. Rindukan... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 3123