Novel : Titian Cinta 18

22 February 2012 
Kategori: Novel

1,125 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 18 Setelah sejam Rahadatul ‘Aisy tertidur, akhirnya dia terjaga apabila sayup-sayup azan asar kedengaran. Mujurlah, sebelum bertolak dari hospital tadi, dia telah menunaikan solat Zuhur. Serentak itu, gegendang telinganya disapa dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Dengan kepala yang masih lagi berdenyut-denyut, Rahadatul ‘Aisy mencapai telefon bimbit yang berada di dalam... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 17

11 February 2012 
Kategori: Novel

1,844 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 17 “Harris!” bulat mata Rahadatul ‘Aisy merenung susuk tubuh Umayr Harris yang tercegat di depan pintu. Seraut wajah yang suram itu dipandang lama. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh kornea matanya. Dia terperanjat dengan kehadiran Umayr Harris tetapi pada masa yang sama, hatinya lega kerana masih berpeluang menatap wajah yang dirindu itu. “Kenapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 16

17 January 2012 
Kategori: Novel

1,921 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 16 Hari ini genap seminggu Rahadatul ‘Aisy ditahan di hospital. Luka pembedahan juga semakin sembuh. Kebiasaannya, proses pulih pesakit yang menjalani pembedahan laparoscopic yang dikategorikan sebagai minimal invasive procedure ini lebih cepat berbanding pembedahan major yang lain. Esok mungkin dia akan dibenarkan pulang. Dia sendiri sudah tidak sabar untuk keluar dari hospital.... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 15

31 December 2011 
Kategori: Novel

2,068 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 15 Dalam kepayahan Rahadatul ‘Aisy cuba bangun dari perbaringannya. Kesan pembedahan laparoscopic yang telah dijalani petang semalam sedikit membataskan pergerakannya. Namun dek rimas dengan tubuh badannya yang melekit membuatkan dia menggagahkan kakinya untuk ke bilik air. Sudah lebih sehari dia tidak mandi. Dengan berhati-hati dia menuruni katil untuk ke bilik air. Kesakitan... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 14

15 December 2011 
Kategori: Novel

2,860 bacaan 14 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 14 Genggaman tangan Umayr Harris masih kejap melingkar di celah jari jemari runcing Rahadatul ‘Aisy. Setiap inci wajah pucat yang sedang nyenyak terlena itu diperhatikan dengan penuh kasih. Rambut ikal isterinya diusap perlahan. Mengharapkan sentuhan itu dapat mengalirkan semangat sebagai kekuatan untuk menyembuhkan Rahadatul ‘Aisy. Rasa bersalah semakin menghimpit perasaan... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 13

4 December 2011 
Kategori: Novel

2,197 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 13 Di sepanjang penerbangan, Umayr Harris tidak jemu menatap gambar wanita bertudung yang menghiasi skrin telefonnya. Merenung seraut wajah cerah milik Rahadatul ‘Aisy mengundang rasa bahagia di hati. Kadang-kadang jari-jemarinya bermain-main di skrin telefon seolah-olah seperti dia sedang benar-benar menyentuh wajah itu. Sesekali senyuman terukir di pinggir bibir apabila... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 11, 12

25 November 2011 
Kategori: Novel

3,342 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman BAB 11 Sebuah keluhan lemah meniti di bibir Rahadatul ‘Aisy. Berada di dalam rumah banglo yang besar itu cukup membuatkannya merasa terasing. Tatarias mewah yang menghiasi segenap ruang langsung tidak berjaya mengundang ketenangan di jiwa. Rasa sebal masih bersarang di hati kerana terpaksa akur dengan desakan Umayr Harris. Bijak lelaki itu mencipta helah sehingga memaksanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 9, 10

12 November 2011 
Kategori: Novel

4,275 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Titian Cinta “Sayang…” sapaan Umayr Harris tatkala Rahadatul ‘Aisy melangkah keluar dari bilik air benar-benar menyentaknya. Tidak menyangka lelaki itu masih setia menunggunya di depan pintu bilik air. Bukannya sekejap dia mengurungkan diri. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia bertapa di situ. Malas dia hendak menghadap muka Umayr Harris. Namun, bimbang pula... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 8

12 October 2011 
Kategori: Novel

3,424 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman “Apa semuanya tadi, Harris?” serang Rahadatul ‘Aisy tanpa berlengah tatkala hanya mereka berdua berada di anjung rumah. Suasana malam yang dingin langsung tidak dapat menyejukkan hatinya yang panas dengan lakonan dan penipuan Umayr Harris sewaktu di meja makan. Hatinya bertambah bengkak tatkala melihat Umayr Harris hanya membiarkan sepi pertanyaannya. Sebaliknya, lelaki... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 7

5 October 2011 
Kategori: Novel

3,020 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Rahadatul ‘Aisy menggenyeh matanya yang masih mengantuk. Cahaya lampu yang menerangi setiap ruang menyilaukan matanya. Dia menyentuh kepalanya yang berdenyut-denyut. Cuba memusatkan fikirannya yang agak keliru. Suasana di sekeliling dirasakan sedikit asing. Setelah beberapa saat, barulah otaknya dapat memproses dengan betul. Kini dia bukan lagi berada di apartmen sewaannya di pinggir... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 6

28 September 2011 
Kategori: Novel

2,872 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman “Jauhnya isteri abang ini mengelamun” desah nafas yang menyapa cuping telinga Rahadatul ‘Aisy membawanya ke alam nyata. Rahadatul ‘Aisy berpaling ke kanan. Bulat matanya memandang wajah Umayr Harris yang hanya berada seinci dari wajahnya. Langsung dia tidak menyedari sejak bila lelaki itu berada di dalam biliknya. Terkejut dengan situasi itu, Rahadatul ‘Aisy bangun... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 5

20 September 2011 
Kategori: Novel

2,397 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Riuh rendah suara ahli keluarga Rahadatul ‘Aisy yang berkumpul untuk menyambut kepulangannya langsung tidak menarik perhatiannya. Keinginannya untuk melepaskan rindu pada ibu dan ayah serta adik beradiknya terbantut dengan kehadiran Umayr Harris. Dia rimas dengan ekor mata Umayr Harris yang sering mengekori setiap pergerakannya. Panahan mata helang milik Umayr Harris membuatkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 4

14 September 2011 
Kategori: Novel

2,149 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Rahadatul ‘Aisy membalas lambaian Sakeena. Kakinya bergerak pantas ke kaunter berlepas. Dia agak leka berbual dengan Sakeena sehinggakan tidak sedar waktu untuk menaiki pesawat semakin hampir. Sahabatnya itu kalau sudah membuka mulut, memang payah hendak berhenti. Langkahnya dibesarkan apabila melihat para penumpang sudah mula bergerak untuk memasuki perut pesawat. Sebaik dia melabuhkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 3

7 September 2011 
Kategori: Novel

2,425 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Tidak sampai beberapa jam dia menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur, pandangan matanya telah disajikan dengan satu wajah yang paling ingin dielakkan. Retina matanya masih tidak buta dan otaknya masih cekap memproses isyarat yang dihantar oleh mata. Umayr Harris! Nama itu kembali bergema. Empat tahun dia mengumpul kekuatan untuk melenyapkan nama itu, namun kini dia tewas lagi. “Harris…”... [Teruskan bacaan]

Novel : Titian Cinta 1, 2

22 August 2011 
Kategori: Novel

2,179 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Ridhya Iman Matahari tegak memancarkan sinar. Cuaca baik pada petang itu dengan suhu yang hampir mencecah 27 darjah Celsius memudahkan tugas juruterbang penerbangan MH257 dari Heathrow, London mendaratkan pesawat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Rahadatul ‘Aisy membetulkan duduk untuk menghilangkan lenguh sendi-sendinya yang sedikit kejang akibat menempuhi perjalanan... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11