Novel : Tuan Muda Iman Harraz 19
Oleh : mia kaftiya Seperti yang telah aku nantikan sejak awal pagi lagi, tibalah masanya untuk aku dan mak su keluar berjalan-jalan. Mood aku agak terganggu juga sebenarnya disebabkan sikap Harraz tadi tapi bila melihatkan wajah mak su yang ceria dan tersenyum lebar sampai ke telinga, aku paksa diri untuk lupakan tentang Harraz dan fokus pada aktiviti kami hari ini. Alah, kalau betul aku dan Harraz... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 18
Oleh : mia kaftiya “Sekarang Irin faham kan maksud atuk, orang yang tak bertanggungjawab perlu diberi tanggungjawab yang atuk cakap dulu?” Soal atuk semasa kami sudah pun sampai ke bilik kerjanya dan aku sedang membantu atuk duduk di kerusi. Aku pula mengambil tempat duduk di sebelah atuk. “Atuk tau tak penat Irin fikir pasal tu. Kalau mengikut tafsiran Irin dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 17
Oleh : mia kaftiya “Krrringgg…” Jam loceng berbunyi, aku bangun dan mematikan keempat-empat jam yang masing-masing terletak di atas meja di kiri dan kanan katilku. Selak selimut, terus ke bilik air dan mandi. Segala yang aku lakukan pagi ini semuanya diluar kesedaran otakku. Sedar-sedar saja, Ros dah berdiri tegak di hadapan pintu bilik air sewaktu aku ingin keluar setelah selesai... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 16
Oleh : mia kaftiya “Cara terbaik untuk kau belajar bertutur dalam bahasa inggeris adalah dengan bertutur selalu dalam bahasa itu.” Kata Harraz semasa kami sedang berjalan di deretan kedai-kedai yang menjual baju-baju dan tudung-tudung di jalan Masjid India. “Tapi sebelum kau boleh mula bertutur kau perlu mulakan dengan memahami beberapa perkataan dalam bahasa inggeris. Eh, tapi kau... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 15
Oleh : mia kaftiya Ibu? Tak mungkin itu ibu, tapi perempuan yang ada dihadapanku ini seperti jelmaan ibu. Siapa dia?. Pemandu teksi itu berlalu selepas meletakkan sebuah beg beroda di sisi perempuan ini. Pantas Harraz menuju ke arahnya dan menarik beg itu walaupun tidak disuruh. Aku pula masih kaku ditempatku berdiri. Tertanya-tanya siapa perempuan ini?. Aku menunduk, bila perempuan ini berjalan ke... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 14
Oleh : mia kaftiya “Cik muda… bangunlah. Oh, semalam pergi jalan sakan dengan tuan muda hari ni nak bangun lambat pula ya?” Ros mengejutkan aku yang sedang lena dengan menepuk-nepuk punggungku. Aku selak selimut yang menutupi muka, dengan mata separuh terbuka, aku memandangnya. “Apa Ros..” Soalku, perlahan. Haihh.. mengantuk betul. Penat semalam pun tak habis lagi ni. “Bangunlah... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 13
Oleh : mia kaftiya Pagi yang baru dengan semangat, jiwa dan matlamat yang baru juga. Aku ingin lupakan semua hal yang berlaku semalam dan dulu semalam dan berbaik semula dengan Ros yang tak habis-habis meminta maaf dariku dan… maafkan Harraz? Nantilah aku fikirkan. Semasa ingin ke ruangan makan, aku ternampak atuk dan Harraz sedang bercakap-cakap tentang sesuatu. Aku berhentikan langkah dan menyorok... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 12
Oleh : mia kaftiya Tepat pukul 6 pagi jam loceng di kiri dan kanan katilku akan berbunyi. Aku akan ada dua pilihan samada nak matikan jam loceng dan terus bangun atau matikan jam loceng dan sambung tidur sehingga Ros menggerakku bangun untuk kali kedua. Mengikut jadual seterusnya, masa aku akan dihabiskan dengan menghadap muka tuan muda yang tegas dan garang itu sehingga waktu makan tengahari, disambung... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 11
Oleh : mia kaftiya Terkebil-kebil mataku memandang atuk yang sedang duduk di kerusi bersebelahan katilku. Aku memandang Ros yang sedang berdiri di sebelah atuk dan aku menjeling Iman Harraz yang sedang berdiri di bucu katilku sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar sukan yang masih tersarung di tubuhnya. Akhirnya pandangan aku kembali terarah kepada atuk yang setia menunggu jawapan... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 10
Oleh : mia kaftiya “Ros! awak kena jelaskan kat kita tentang hal ini!” Selepas selesai sesi ‘beramah-mesra’ dengan tuan muda yang katanya tak payah nak ‘bertuan muda’ sangat tu, aku terus kembali ke bilik dengan perasaan tak sabar-sabar nak dapatkan penjelasan sebenar daripada Ros. “Jelaskan apa cik muda?” Soal Ros dengan muka tak bersalah. “Siapa... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 9
Oleh : mia kaftiya Aku berkalih ke kiri, cahaya di luar terbias ke mataku di sebalik langsir yang terselak. Aku memusing ke kanan pula, ingin mendapatkan posisi yang lebih selesa. Tapi sekilas mataku seakan ternampak bayangan seseorang sedang duduk di kerusi yang berhadapan dengan katil beraduku. Aku gosok mata dan memandang makhuk yang kelihatan seperti sedang merenungku itu. Seorang lelaki.... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 8
Oleh : mia kaftiya Makan malam tidak formal bak kata Ros ini cuma dihadiri oleh ahli keluarga dan tenaga kerja di villa ini sahaja. Ia sekadar majlis makan malam kecil untuk memperkenalkan aku dan mengumumkan kepulangan aku ke rumah ini kepada semua pekerja-pekerja. Memang aku agak gementar kerana selama ini aku cuma hidup dalam kelompok kecil dan tidak diberi perhatian langsung oleh orang-orang sekeliling... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 6, 7
Oleh : mia kaftiya Bab 6 Sejak tadi hati aku bagai ditarik-tarik agar pulang ke rumah. Tak pernah aku rasa sebegini. Fikiran aku mula mengandaikan perkara yang bukan-bukan. Tumpuanku pada kerja juga terganggu. Tadi aku hampir saja membuatkan gaji aku dipotong kerana terlebih memberi duit baki kepada pelanggan. Nasib baik pelanggan yang baik hati itu memulangkan semula baki wang yang aku... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 5
Oleh : mia kaftiya Aku sedang berjalan-jalan di sebuah taman yang menempatkan bermacam-macam jenis bunga dan pokok-pokok besar yang berbunga dan rendang. Redup je tempat ni, tenang. “Irina…” Aku menoleh kebelakang bila terdengar namaku dipanggil. Kosong, tiada sesiapa di sini selain aku sendiri. “Irina..” Sekali lagi nama aku dipanggil. Aku memandang sekeliling, mencari... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 4
Oleh : mia kaftiya Ahmad Syafiq Bin Ahmad Iskandar. Ketua pengawas sekolah masa dia darjah enam. Mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR, pelajar contoh untuk pelajar-pelajar lain, pelajar kesayangan guru-guru. Menjadi rujukan rakan-rakan sebaya. Menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan yang satu darjah dengan dia mahupun pelajar-pelajar junior. Termasuk aku. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 3
Oleh : mia kaftiya Esok, shift kerjaku pada waktu petang, pukul 3. Jadi malam ni memang tak ada alasanlah untuk aku tak tolong emak buat kuih dan nasi lemak. Memang sejak aku kecil sampai dah besar panjang ni, emak tak pernah berhenti dari buat kerja ini walaupun aku dah melarangnya kerana aku mampu untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Tapi kata emak… “Irin simpanlah duit Irin... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 2
Oleh : mia kaftiya Pukul tiga petang, Shift aku tamat. Hari ni aku tak terasa untuk buat overtime macam selalu bila fikiran aku dah sangat berat dengan sesuatu yang berlegar-legar di dalamnya. Sebaik Nina sampai dan mengambil alih tempatku, terus aku capai beg dan keluar. Di muka pintu sempat pula Bob memanggilku. “Tak buat OT ke hari ni?” soalnya. Aku cebikkan bibir lalu menggeleng.... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz 1
Oleh : mia kaftiya “Irina.. tuk, tuk, tuk, Irinaaaa….” Terus aku buka mata bila mendengar suara mak menjerit di muka pintu, dengan pantas aku bangun dan membuka pintu bilik. Terkejut. “Kenapa mak?” Soalku. “Kenapa? dah pukul 7.30 pagi sayang. Tak kerja?” Soal mak, sempat memerli aku. “7.30??” Pantas aku terus capai tuala dan meluru masuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Tuan Muda Iman Harraz prolog
Oleh : mia kaftiya hari ini ulangtahun aku yang ke tujuh. Ibu dan ayah berjanji akan bawa aku berjalan-jalan sebagai hadiah hari jadi aku. Dan kata mereka, hari ni aku akan dapat apa saja yang aku mahu. Aku teruja, tak sabar. Aku tak nak minta banyak hadiah, aku cuma nak main kat mesin yang ada banyak anak patung tu je. Aku nak suruh ayah ambilkan anak patung untuk aku banyak-banyak, aku nak letak... [Teruskan bacaan]







