Si Baju Kurung Kasut Kanvas

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu, dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk... [Teruskan bacaan]

Tidak Tidak Sesal

13 April 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Comments Off on Tidak Tidak Sesal

Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diri untuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Paling Agung 5

25 August 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah AMYZA bersandar di pintu. Dari situ dia dapat melihat dirinya melalui cermin besar di hadapan sana. Dari jauh cermin itu menayangkan wajah Amyza yang berserabut, kusut, lesu dan tidak bermaya. Kakinya berganjak pula ke meja rias. Melihat refleksi diri melalui cermin di situ pula. Sama sahaja rupanya. Tidak ada perubahan dengan cermin besar sebentar tadi. Tetap mempamerkan seorang... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Paling Agung 4

19 August 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah LETIH ronda-ronda dan pusing-pusing ukur jalan, Amyza balik ke kediaman khas mereka yang disediakan oleh pihak syarikat. Banglo dua tingkat dengan enam bilik dilengkapi kolam renang dan taman yang luas. Pohon-pohon hijau merendang mencantikkan halaman rumah mereka. Tetapi semua itu sudah tidak memberi makna lagi. Yang tenang dan damai kelihatan berserabut dan menyesakkan. Tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Paling Agung 3

14 August 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah Hairan Noramyza. Satu hari suaminya menghabiskan masa di rumah. Jika tidak, jarang jumpa tubuh sasa Khairi berlegar-legar di kawasan rumah pada hujung minggu. Ada-ada saja programnya yang Myza tidak berapa tahu. Kadang-kadang Ben atau Bani Adam yakni kawan rapat dia dan Khairi ada juga cerita tentang aktiviti suaminya. Semuanya bagus-bagus sahaja laporannya. Tapi, ada dia kesah? Namun... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Paling Agung 2

12 August 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah Noramyza memandang tubuhnya di cermin besar. Rupa sama sahaja seperti dahulu. Tak banyak beza dari zaman anak dara. Sebelum kahwin sembilan tahun dahulu, begini juga wajah dan tubuh badannya. Tidak gemuk, tidak kurus keding, masih menggiurkan dan masih seksi. Tak tipu punya. Berani cakap sebab berat badannya sama sahaja. Tidak pernah melantun-lantun jarum penimbang. Dia beruntung... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Paling Agung 1

11 August 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah Prolog “Wanita itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki, bukan daripada tulang kepala lelaki kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki. Dan kenapa bukan daripada tulang kaki kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki. Tetapi wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati. Sebagai pendamping dan penjaga hati.” Jelas kedengaran teks bacaan daripada... [Teruskan bacaan]

Cinta Paling Agung

5 August 2015 
Kategori: Novel Di Pasaran

AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan... [Teruskan bacaan]

Novel : Bila Terlajak Sayang 3

15 May 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah HARI pertama Aidilfitri. Walaupun sudah tiga tahun bergelar isteri, namun ini kali kedua dia beraya bersama Abang Zen. Sama seperti Indah Safiena juga. Tak lebih dan tak kurang. Menurut Abang Zen, tahun pertama beraya bersama penuh linangan air mata. Apa tidaknya, Indah berada di depan mata, namun dia tak dapat buat apa-apa. Apa yang mampu dibuat adalah berada di sisi Indah yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Bila Terlajak Sayang 2

14 May 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah DUA hari lepas masak sambal udang kegemaran Abang Zen, semalam buat kari kepala ikan dan petang ini pulang saja dari pejabat, Indah terus berperang di dapur. Suami tersayang nak makan daging salai masak cili api pula. Resipi yang emak Hasma ajar semasa pergi ke rumah mereka di Seremban hari tu. Subuh-subuh bening Abang Zen dah pesan nak Indah yang masak, tak mahu dari tangan Mak... [Teruskan bacaan]

Novel : Bila Terlajak Sayang 1

14 May 2015 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah Balai ketibaan KLIA. Seminggu sebelum Aidilfitri. “Daddy… Daddy!” Indah Safiena terus menerkam ke dalam pelukan Tajul Razin sebaik sahaja dilepaskan oleh mommynya. Gaya macam kehilangan daddy selama dua tahun padahal baru dua minggu tidak berjumpa. Daddynya pun sama, tak henti-henti menggomol tubuh kecil itu. Cium sana, cium sini… Ikut sahaja permintaan anaknya. Indah... [Teruskan bacaan]

Bila Terlajak Sayang

7 May 2015 
Kategori: Novel Di Pasaran

INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN… Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya… Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan... [Teruskan bacaan]

Jujurlah… Nikahi Aku

6 January 2015 
Kategori: Novel Di Pasaran

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis „istimewa?. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi…” Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya... [Teruskan bacaan]

Dia…Isteri Luar Biasa

23 December 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

SINGLE is simple, double is trouble… Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy… Mesti ada jalanlah… Dewi... [Teruskan bacaan]

POPULAR MEGA BOOKFAIR: DANGA CITY MALL

17 November 2014 
Kategori: Info Terkini

Berita baik untuk peminat-peminat novel Karyaseni & Penulisan2u. Temui penulis-penulis seperti Umie Nadzimah, Melur Jelita dan Aimy Haniya di Popular Mega BookFair 2014. TARIKH : 22 NOVEMBER 2014 MASA : 2.00PM-3.00PM LOKASI : DANGA CITY MALL Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menemui penulis-penulis tersebut. Layari web Karyaseni & Penulisan2u di www.karyaseni.my & www.p2u.my Follow... [Teruskan bacaan]

Kerana Terpaksa… Aku Relakan

29 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa- apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat... [Teruskan bacaan]

Usai Aku Terima Nikahnya

28 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Dia… Isteri Luar Biasa 2

31 October 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah BAB 2 IT NEEDS two persons to have one… Perempuan tak kahwinpun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya , yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Issy…mesti ada jalanlah… Dewi serius! Walau dengan apa carapun, Dewi tetap untuk punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi... [Teruskan bacaan]

Novel : Dia… Isteri Luar Biasa 1

23 October 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah PROLOG ASYIK Radin Amzar memerhati seorang lelaki tua di perkampungan orang asli itu. Lelaki tersebut lain dari yang lain. Walau dimamah usia, kesegakan wajah dan tubuh badan masih ketara. Kulit putih kuning , bibir kemerahan dengan mata yang unik sungguh menarik perhatian. Mustahil orang asli di situ punya paras rupa seelok dia. Rata-rata yang lainnya berwajah asli sebagaimana... [Teruskan bacaan]

Novel : DIA… Isteri Luar Biasa 10

22 October 2013 
Kategori: Novel

Oleh : Umie Nadzimah BAB 10 Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik. Nature-lover?. Kehkehkeh… Dewi yang anti nyamuk nak pergi jungle trekking? Saja-saja serah badan putih gebu dia untuk dibaham? Nak berkayak, memancing segala? Huh! Suatu yang amat di luar alam bagi Dewi Yusra! Dewi dah buang tabiat ? Dalam diam-diam tiba-tiba bawa Eda dan Nina bercuti ke dalam hutan . Kalau... [Teruskan bacaan]