Novel : Wake Up Call 27
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer MEREKA tiba di rumah Tan Siew Ming pada jam 11.30 pagi.dari dalam kereta Fahem, Nur Sumayyah dapat melihat banyak kereta di halaman rumah. Tentu anak cucunya pulang, bisik hatinya sendiri. Fahem menoleh ke kiri. Sejak pertengkaran tadi, suasana sepi menjadi peneman mereka berdua. Masing-masing dengan ego sendiri. “Marilah.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 26
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 26 1 FEBRUARI 2011 “KHAMIS ni, Sumayyah ada buat apa-apa tak?” soal Fahem ketika dia menelefon tunangnya jam 11.30 malam. “Em… tak ada apa-apa rasanya. Kenapa?” soal Nur Sumayyah. Hari ini, dia tumpang tidur di rumah sewa kawan baiknya, Fatimah, Zahra, Safiyyah dan Rokiah. Ini kerana, emak dan abahnya ke Perlis melawat datuk saudara... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 25
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer NAK tak nak, mahu tak mahu, Mazidah terpaksa mengikut Fahem menuju ke rumah orang tua Mizan untuk melihat berapa peratus kerja-kerja yang sudah siap. Entah kenapa, Fahem tiba-tiba terlalu rindu untuk berbual mesra dan bergurau senda bersama Mazidah. Dia mengambil tangan wanita itu dan mengucupnya perlahan-lahan. Mazidah tidak dapat mengelak. Dengan pantas, dia menarik... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 24
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 24 “NAK beli barang apa lagi? Kasut dah beli?” soal Fahem ketika mereka melintasi sebuah kedai kasut. Nur Sumayyah hanya menggeleng. “Mari, kita beli kasut.” Ujar Fahem sambil melangkah masuk ke dalam. “Tapi, kat sini mahallah. Kita pergi MYDIN MITC ajelah. Murah sikit.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem mematikan langkahnya. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 23
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 23 SUDAH sepuluh minit seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hadapan Mazidah, Namun Mazidah tetap tidak mengangkat kepala kerana terlalu asyik dengan kerjanya. Akhirnya, lelaki itu mengetuk sedikit meja Mazidah. Terus saja wanita itu mengangkat kepala. “Assalamualaikum cik. Boleh saya jumpa dengan CEO syarikat ni?” soal Mizan. Mazidah tersenyum. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 22
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 22 “AWAL kau sampai?” soal Fahem setelah Nizam tiba di dalam pejabatnya. Nizam tersengih sambil duduk di hadapannya. “Tak ada apa. Saja nak datang awal.” Jawab Nizam dengan nada selamba. Fahem merenung wajah kawan baiknya itu. “Kau jangan sampai pistol aku melekat kat kepala kau kejap lagi. Baik kau cakap betul-betul!”... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 21
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 21 HARi ini, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah akan pulang ke tanah air. Mereka dijangka tiba pada jam 10 pagi. Fahem memandu Honda Freed menuju ke KLIA. Fateeha, Zariff dan Syazwan Afiq turut mengikutnya menjemput orang tua mereka. Urusan kenduri diserahkan kepadaPak Razak dan Mak Kiah. Fahem tahu, mereka akan menguruskannya dengan baik sekali.... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 20
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 20 SEJAK dari hari itu, hubungan Fahem Izzuddin – Nur Syuhadah atau nama asalnya Nur Sumayyah, semakin rapat. Jika satu hari Fahem tidak mendengar suara Nur Sumayyah, hatinya bagai tidak keruan. Begitu juga Nur Sumayyah. Jika satu hari Fahem tidak menelefon atau mengirim mesej kepadanya, hidupnya terasa sunyi. Begitulah resam dan adat orang bercinta. Sejak dari... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 19
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 19 JUSCO BANDARAYA MELAKA “MEMANG aku tak salah kan?” soal Fahem. Fatimah, Zahra dan Safiyyah saling berpandangan. “Maksud kau?” soal Safiyyah. “Syuhadah. Dia memang Nur Sumayyah, kan?” Fahem mendapatkan kepastian. Perlahan-lahan, mereka bertiga mengangguk. “Kenapa?” soal Fatimah pula. Fahem... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 18
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 18 SUDAH seminggu Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah bertolak mengerjakan haji. Mak Kiah terasa sunyi. Biasanya pada waktu pagi-pagi begini, mereka akan sama-sama membersihkan taman bunga mini yang diusahakan oleh mereka bersama. Dia meliarkan pandangannya di garaj kereta. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memang seorang yang penjimat. Ada orang kaya yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 17
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 17 Beberapa bulan kemudian Puasa sudah. Aidilfitri pun sudah. Hari ini 25 September 2010, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membuat kenduri doa selamat. Dia juga berhajat untuk membuat tahlil buat ayahanda tercintanya, Tuan Haji Izzuddin yang telah lama kembali ke rahmatullah. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin telah menjemput jemaah surau dan masjid berdekatan untuk tahlil... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 16
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 16 TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS “KAMU tak keluar malam ni?” soal Puan Sri Sharifah apabila melihat Fahem termenung di tepi kolam sejak lepas Maghrib tadi. Fahem menoleh apabila mendengar suara mummynya. Dia melemparkan senyuman manis. “Letihlah, mummy. Badan ni, terasa sengal-sengal. Lama sangat dalam kapal terbang.” Fahem memberikan... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 15
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer WAKE UP CALL 15 PHUKET, THAILAND SETELAH menyiapkan beberapa kerja penting, akhirnya dapat juga Fahem menghirup udara nyaman di Phuket ini. Matanya meliar di sekeliling kawasan Lapangan Terbang Phuket untuk mencari kelibat Yuwaree. Oleh kerana penat, Fahem hanya bersandar di sebuah tiang setelah tidak terdapat kerusi untuk menunggu. Lima minit berselang, tiba-tiba... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 14
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 14 “ESOK, daddy nak kamu ikut abang kamu ke pejabat. Kerja dengan daddy.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ketika mereka menikmati minuman petang di tepi kolam renang. “Siapa? Fateeha?” soal Fateeha kepada daddynya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk. “Kamulah. Habis siapa lagi? Takkan daddy suruh si Syazwan Afiq... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 13
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 13 “YAHOO!!! Merdeka!!!” Zariff dan rakan-rakannya menjerit kegembiraan setelah keluar dari dewan peperiksaan PMR. Akhirnya, terlepas sudah sebuah beban yang sentiasa memberati dadanya. Pelajar-pelajar yang lain juga sama. Ada yang menjerit, ada yang ketawa tidak henti. Tidak kurang juga ada yang membaling sebuah bukunya ke dalam bakul sampah. Entah... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 12
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 12 HARI ini, pihak sekolah telah menjemput ibu bapa untuk semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 datang ke sekolah kerana para ibu bapa akan mendengar taklimat dari Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Pengerusi PIBG. Tamat saja taklimat, ibu bapa akan bertemu semula dengan guru kelas anak masing-masing untuk membincangkan tentang pelajat buat kali kedua. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 11
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 11 “DADDY dengan mummy dah terima surat dari Tabung Haji.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memulakan perbualan. Fahem mengangkat kepala, memandang daddynya. “Surat pergi haji ke, daddy?” Fahem mengagak. Dengan senyuman, daddy dan mummynya mengangguk. Pak Razak dan Mak Kiah turut tersenyum. “Syukur Alhamdulillah.” Ucap... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 10
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 10 MAZIDAH meliarkan matanya di sekeliling kawasan restoran itu. Dicari-cari kelibat Badrul. Meliar mata Fahem mencari kelibat yang sama tetapi dia tidak mengenali Badrul. Akhirnya, mata Mazidah terhenti pada seorang lelaki yang sedang duduk seorang diri di sebuah meja sambil menyedut sedikit air minumnya. “Mari kita ke sana.” Ajak Mazidah.... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 9
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 9 TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS “FAHEM, nanti hujung bulan ni, kamu pergi ke US tu. Tengok-tengokkan si Fateeha. Daddy risau dah lama sangat dia tak telefon daddy. Emel pun tak ada. Daddy risau sangat-sangat ni.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin meluahkan kerisauannya. Fahem hanya tersenyum. “Dia ada emel kamu? Ke telefon kamu ke? Bagi poskad... [Teruskan bacaan]
Novel : Wake Up Call 8
Oleh : Maz Omar The Amateur Writer 8 KETIKA membaca buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ terbitan Telaga Biru sambil berbaring, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menoleh seketika ke wajah isterinya yang sedang membaca majalah i. “Abang risau dengan Fahem, Pah.” Luahnya. Bacaan Puan Sri Sharifah terhenti seketika. “Apa yang abang nak risaukan? Dia dah besar panjang, pandailah... [Teruskan bacaan]







