Cerpen : Cik Rambut Perang

23 December 2011 
Kategori: Cerpen

8,297 bacaan 32 Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat PETANG itu benar-benar mendamaikan jiwa aku. Terasa segar tubuh ini selepas menjalani latihan ragbi sebentar tadi. Aku berkira-kira untuk pulang sahaja ke rumah memandangkan hari sudah hampir ke senja. Ketika aku sedang berjalan bersama kawan-kawan yang lain, dari jauh aku sudah nampak kelibat dia sedang duduk sendirian di tepi padang. Apa agaknya yang dia buat petang-petang... [Teruskan bacaan]

Novel : Bara Yang Tak Akan Padam 2, 3

12 December 2011 
Kategori: Novel

686 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat 2 KHIRUL ZAMAN sudah berada seminggu di Pengerang. Walaupun agak kekok pada awalnya, namun lama-kelamaan dia dapat juga membiasakan diri. Dia bersyukur kerana semua urusan berkaitan projek perumahan itu berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Tempoh hari dia baru sahaja melawat tapak projek disamping menghadiri satu mesyuarat penting dengan Mr. Alex, pengurus syarikat M&L... [Teruskan bacaan]

Novel : Bara Yang Tak Akan Padam 1

30 November 2011 
Kategori: Novel

677 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat Biarkan dendam itu pergi selamanya dari lubuk hati… AWAL pagi itu cuaca agak mendung. Tompok-tompok awan hitam sudah memenuhi ruang atmosfera. Angin bertiup kencang. Zeti Hanani baru sahaja selesai mandi. Dia menutup jendela kamar yang terbuka. Tubuhnya menggigil kesejukan. Segera dia menyarungkan pakaian. Pagi Khamis itu, seperti biasa dia mengenakan pakaian kerja berwarna... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cintamu hadir saat jiwaku terluka

21 November 2011 
Kategori: Cerpen

17,877 bacaan 31 Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat JAM baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku masih sibuk melayan kerenah pelanggan yang datang tanpa henti sejak tadi. Tidak cukup tangan aku dibuatnya. Macam-macam perangai ada. Mujurlah aku ini jenis orang yang cekap buat kerja walaupun badan aku gemuk. Aku tidak menafikan itu semua. Malah, kadang-kadang ada pelanggan yang menafikan kecekapan aku semasa bekerja. Mereka sering... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Bayangan Semalam

21 August 2011 
Kategori: Cerpen

7,078 bacaan 14 Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat Tenang sungguh cuaca pagi ini. Langit kelihatan biru melatari ruang, mendamaikan perasaan setiap yang memandang. Aku merenung dari kejauhan, memerhatikan gelagat mesra pasangan kekasih di situ. Mereka asyik berpimpin tangan tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. Begitulah ragam insan yang sedang hanyut dilamun cinta. Terlalu leka dengan permainan dunia sehingga sanggup mengenepikan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tali Kasih 1

15 August 2011 
Kategori: Novel

310 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Wan Noorhidayat Bab 1 Hulurkan aku cintamu seikhlas hati… AIMAN sedang tercegat berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. Kawan-kawannya sudah ramai yang pulang. Hanya tinggal dia seorang diri di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Hendak pulang sendirian, dia tidak tahu jalan pulang ke rumah. Jadi, terpaksalah dia menanti kedatangan mamanya dengan sabar. Sebelum ini, tidak pernah pula mamanya... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11