Maklumat Buku

Penulis

Shazydane

Ratings:  NaN

Nia Maisara baru sahaja menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Dia pergi ke Kuala Lumpur kerana ingin melanjutkan pengajian dalam bidang rekaan fesyen. Dia juga sedar perlu mengubah nasib keluarganya yang bukanlah dari orang yang senang. Jadi, Nia tekad pergi ke KL setelah ditawarkan pengajian selama 3 tahun. Disini Nia akan menginap di rumah sepupunya Raisha. Juga merupakan pelajar di Kolej yang sama dengan Nia. Raisha satu-satunya sepupu yang tinggal di KL. Jadi mahu tidak mahu dia perlu tinggal bersama Raisha walaupun mereka bukanlah terlalu rapat. Raisha dan Nia jatuh cinta kepada orang yang sama. Fariz Rizwan jejaka kacak dari Kolej menjadi pujaan hati ramai gadis kolej. Tetapi lelaki itu bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta kerana baginya dia perlukan cinta yang sejati. Cinta untuk selamanya. Bukan hanya cinta mainan di bibir sahaja. Berbeza dengan Fariz kawannya pula yang bernama Huzir suka mempermainkan perasaan wanita. Mungkin sebab dia perasan dirinya kacak. Pertemuan antara Nia dan Fariz telah menghadirkan cinta. Namun disebabkan tidak mahu masalah antara dia dengan Raisha. Nia cuba mengalah. Cuba menjauhi Fariz. Huzir muncul cuba menawarkan cinta buat Nia. Raisha mulai benci Nia. Mampukah Nia terus bertahan demi cintanya atau lupakan sahaja cinta dan teruskan hidup tanpa cinta. Pilihan terletak di tangan Nia sendiri.

#NiaFariz#Jatuhcinta#
Bab TajukBaca